Unit Sajian Hospital Kuala Penyu

Unit Sajian
Unit Sajian
Unit Sajian
Unit Sajian
Unit Sajian
Unit Sajian







Pengenalan
Unit Sajian Hospital Kuala Penyu terletak di antara Unit Forensik dan Unit Farmasi

Objektif Unit
  • Membekalkan kualiti makanan yang berkhasiat mengikut jenis pesakit kepada pesakit dalam.
  • Melaksanakan penggunaan secara maksimum Manual Diet yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Visi Unit
Memberi perkhidmatan sajian dan makanan yang efisyen ,sistematik,berkualiti melalui pemakanana seimbang kepada pesakit dalam untuk meningkatkan mutu kesihatan dan pemulihan pesakit secara keseluruhannya

Misi Unit
Menyediakan makanan seimbang dan halal kepada pesakit khusus untuk membantu penyembuhan awal dari penyakit biasa dan juga yang berkaitan dengan makanan.

Pencapaian
HACCP  Pengiktirafan MeSTI : Makanan Selamat Tanggungjawab Industri  Bersih, Selamat dan Sihat  Good Manufacturing Practice (GMP)

Piagam Pelanggan
Komitmen Unit Sajian:
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra berrtimbang rasa ,hormat dan bersopan santun jujur serta ikhlas makanan pesakit akan di sediakan 30 minit sebelum diedarkan kepada pesakit
  • Semua makanan yang disediakan adalah mengikut sistem menu yang sistematik, bermutu, bersih, segar , mencukupi dan halal


Perkhidmatan Penyajiaan Makanan

Penyajian Makanan Masa Penyiapan
Sarapan Pagi 7.30 pagi
Makan Tengahari 11.30 tengah hari
Minum Petang 2.30 Petang
Makan Malam 5.30 Petang

Deskripsi Polisi Operasi
Waktu bertugas unit Sajian adalah dari 6.30 pagi hingga 6.00 petang. Terdapat 3 shift

Shift pagi
6.30pm - 1.30pm
Shift Petang
11.00pm - 6.00 pm
Waktu Pejabat
8.00am - 5.00pm
Split Shift
9.00am - 6.00pm
Split Shift
6.30am -330pm

Fungsi & Aktiviti

1. Pengurusan Katering
  • Pesanan diet pesakit dalam
  • Penerimaan bahan mentah
  • Pemeriksaan bahan mentah
  • Penyediaan makanan untuk pesakit dalam dan doktor atas panggilan
  • Penjadualan kupon anggota bertugas malam
2. Pemesanan Dan Bekalan
  • Memesan keperluan bekalan am
  • Memesan keperluan alat tulis
3. Pengurusan Unit
  • Mesyuarat unit
  • Latihan anggota
  • Pemerikasaan harta modal dan inventori
  • Laporan / aduan kerosakan peralatan unit
4. Aktiviti Kualiti
  • Mendapatkan maklumbalas kajian kepuasan pelanggan
  • Penambahbaikan 5s
  • Keceriaan unit
5. Perkhidmatan Sokongan
  • CLS
  • CWMS
  • BEMS
  • FEMS
  • LLS

Penentuan  Kualiti  Dalam Perkhidmatan Makanan

Perkara yang dititikberatkan dalam perkhidmatan makanan adalah
  • Pembantu Penyediaan Makanan berpakaian seragam yang lengkap dan mengamalkan kebersihan diri
  • Makanan diterima dari pembekal adalah mematuhi spesifikasi dalam kontrak
  • Makanan diterima dari pembekal adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985
  • Makanan disimpan dalam suhu yang sesuai
  • Makanan dalam simpan kering adalah bersih dan tidak luput
  • Potongan atau saiz makanan mengikut skala porsi yang ditetapkan
  • Makanan disediakan mengikut cara penyediaan dalam resipi piawai
  • Makanan tidak mengandungi benda asing
  • Sampel makanan diambil untuk tujuan mikrobiologi
  • Hasil ujirasa adalah memuaskan sebelum makanan dihidangkan
  • Diet dihidang mengikut jenis dan bilangan pesanan dari wad

Aduan
Sebarang aduan mengenai makanan pesakit boleh dikemukan kepada Penolong Pegawai Penyediaan Makanan ataupun Pengarah Hospital

Cadangan
Sebarang cadangan untuk memperbaiki prestasi perkhidmatan makanan boleh dimajukan kepada Penolong Pegawai Penyediaan Makanan ataupun Pengarah Hospital

Pemantauan kantin hospotal
Pemeriksaan dan pemantauan akan dilakukan secra berterusan dikantin hospital untuk memastikan kebersihan dan kualiti makanan memuaskankan

Skop Perkhidmatan
  • Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, kelas dua, kelas tiga atau diet kanak-kanak.
  • Pegawai perubatan akan menentukan diet normal atau diet terapeutik
  • Ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak (Mother Accompanying Child - MAC) akan dibekalkan diet kelas ketiga
  • Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga 6 bulan
  • untuk bagi mereka yang kurang mampu
  • Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan di hospital akan dibekalkan diet kelas satu.

Bekalan Formula Enteral
  • Pesakit dalam yang memerlukan tube feeding akan dibekalkan formula enteral setelah dirujuk oleh Pegawai Perubatan

Kakitangan Unit

BilStafNo Tel & Emel
1Nur Rosazliza Binti Abdullah
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C27
087-853102
2Siti Hazimah Binti Jikalan
Pembantu Penyediaan Makanan N17
087-853103
-
3Noor Fazillah Binti Ab Rahim
Pembantu Penyediaan Makanan N17
087-853103
-
4Dg. Ratnah Bte Ag. Rambang
Pembantu Penyediaan Makanan N17
087-853103
-

Print article