Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Penyu

Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Penyu
Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Penyu
Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Penyu
Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Penyu
Lawatan Kerja Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Queen Elizabeth ke Wad Geriatrik dan Unit Rehabilitasi HKP
Unit Rehabilitasi







Pengenalan

Unit Rehabilitasi terletak di Aras Satu (1), berhadapan dengan Unit Perubatan Forensik. Unit ini telah mula beroperasi pada bulan Mac 2006 dengan perkhidmatan Fisioterapi, dan perkhidmatan Pemulihan Carakerja bermula pada Oktober 2013. Antara kemudahan yang disediakan di unit ini ialah:

  • Bilik Penilaian
  • Bilik Rawatan Elektroterapi
  • Bilik Rawatan Lilin/Splinting
  • Gimnasium
  • Bilik Latihan Activity of Daily Living (ADL)
  • Bilik Mandi ADL
  • Ruang Aktiviti Domestik
  • Ruang Aktiviti Anggota Atas
  • Ruang Menunggu
  • Pejabat
  • Tandas Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Tandas Awam

Objektif Unit Rehabilitasi

Menyediakan perkhidmatan berkualiti melalui integrasi kepakaran dengan menumpukan kepada peningkatan kesihatan pesakit yang optima.

Visi Unit Rehabilitasi

Memberikan perkhidmatan pemulihan fizikal dan carakerja yang berkualiti kepada pesakit.

Misi Unit Rehabilitasi

Ke arah mencapai perawatan berkualiti melalui integrasi kepakaran perkhidmatan dan penerapan elemen-elemen budaya korporat.

Jadual Perkhidmatan

Pesakit Luar - Unit Rehabilitasi hanya beroperasi semasa waktu pejabat sahaja. Ditutup pada Sabtu dan Ahad, dan pada hari kelepasan am.

HARI

PAGI

TUTUP

PETANG

ISNIN – KHAMIS

8.00 a.m – 1.00 p.m

1.00 p.m – 2.00 p.m

2.00 p.m – 5.00 p.m

JUMAAT

8.00 a.m – 11.30 a.m

11.30 a.m – 2.00 p.m

2.00 p.m – 5.00 p.m

SABTU - AHAD

TUTUP

Pesakit Dalam (Wad) – Unit Rehabilitasi hanya beroperasi semasa waktu pejabat sahaja. Ditutup pada Sabtu dan Ahad, dan pada hari kelepasan am.

HARI

PAGI

TUTUP

PETANG

ISNIN – KHAMIS

8.00 a.m – 1.00 p.m

1.00 p.m – 2.00 p.m

2.00 p.m – 5.00 p.m

JUMAAT

8.00 a.m – 11.30 a.m

11.30 a.m – 2.00 p.m

2.00 p.m – 5.00 p.m

SABTU - AHAD

TUTUP

UNIT FISIOTERAPI

a. Pengenalan

Unit Fisioterapi HKP mula beroperasi pada bulan Mac 2006. Pada masa sekarang jumlah kakitangan yang bertugas dalam Unit Fisioterapi:-

- 3 orang Jurupulih Perubatan Anggota U29

- 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Unit Fisioterapi HKP memberikan rawatan di:-

- Wad (Pesakit Dalam) Pesakit dalam wad yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan

- Unit (Pesakit Luar) Pesakit Luar yang dirujuk dari Jabatan Pesakit Luar, Klinik-klinik / hospital-hospital lain kerajaan atau swasta.

b. Objektif Unit Fisioterapi

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui perawatan yang berkesan bagi meningkatkan kualiti kehidupan harian seterusnya mencapai tahap kesihatan maksimum.

c. Visi Unit Fisioterapi

Memberi perkhidmatan pemulihan anggota dan pendidikan dari segi pencegahan untuk mengelakkan komplikasi sekunder.

d. Misi Unit Fisioterapi

Ke arah mencapai rawatan rehabilitasi yang berkualiti dengan mengintegrasikan nilai-nilai korporat dalam perkhidmatan.

e. Piagam Pelanggan Unit Fisioterapi

· Setiap pesakit akan dilayan dengan senyuman, mesra dan prihatin.

· Pendaftaran pesakit dilakukan sebaik saja kad temujanji diserahkan kepada petugas di kaunter.

· Pesakit akan dipanggil untuk menjalani rawatan setelah giliran mereka sampai atau kurang daripada tempoh 30 minit selepas pendaftaran.

· Rawatan Fisioterapi mengambil masa dari 25 hingga 60 minit bergantung kepada kondisi dan kaedah rawatan yang diberikan.

f. Rawatan Unit Fisioterapi

  • Terapi Senaman
  • Rawatan Elektroterapi
  • Rawatan Terapi Lilin
  • Rawatan Respiratori

UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

a. Pengenalan

Unit Pemulihan Carakerja (UPCK) di Hospital Kuala Penyu (HKP) telah memulakan perkhidmatannya bermula Oktober 2013. Unit ini mempunyai dua perjawatan Jurupulih Perubatan Carakerja (JPCK) U29, dan satu Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Pada ketika ini terdapat satu kekosongan jawatan JPCK U29. Unit ini memberikan rawatan kepada Pesakit Dalam di wad-wad dan Pesakit Luar di unit ini.

b. Objektif Unit Pemulihan Carakerja

· Membantu pelanggan supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dengan dapat menjalani kehidupan yang berdikari atau seoptima yang boleh dilakukan, dan juga merasa puas terhadap keupayaan tersebut.

· Membantu memberikan rawatan sebaik mungkin supaya pelanggan dapat menjalani kehidupan seharian sama ada di rumah, di tempat kerja, di tempat riadah serta di tempat bersosial yang lain serta melakukan aktiviti kerohanian mereka dengan seoptima yang mungkin, baik selepas mengalami kecederaan, penyakit fizikal, kecacatan sejak lahir atau akibat proses penuaan.

c. Visi Unit Pemulihan Carakerja

Memberi perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan komprehensif untuk meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan dari aspek fizikal, mental, pekerjaan, riadah dan psikososial serta integrasi pelanggan di persekitaran mereka.

d. Misi Unit Pemulihan Carakerja

· Memberi perkhidmatan Pemulihan Carakerja kepada pelanggan secara cemerlang dan efektif.

· Menjalankan aktiviti penilaian, rawatan pemulihan, pencegahan, promosi dan pendidikan kesihatan kepada pelanggan.

· Menjalankan aktiviti latihan dalam perkhidmatan secara berterusan.

· Menitikberatkan program rehabilitasi berpasukan bagi member perkhidmatan rehabilitasi yang komprehensif.

e. Piagam Pelanggan Unit Pemulihan Carakerja

· Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dengan layanan yang mesra dan professional. Segala maklumat pesakit adalah dirahsiakan.

· Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai program pemulihan yang dilaksanakan.

· Setiap pelanggan akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran.

· Setiap Pesakit Dalam yang dirujuk akan diberi perkhidmatan dalam masa 24 jam hari bekerja.

· Setiap Pesakit Luar rujukan baru akan diberi rawatan pemulihan dalam masa 3 hari bekerja.

· Rawatan akan mengambil masa dari 30 minit hingga 60 minit bergantung kepada kondisi dan kaedah rawatan yang diberikan.

f. Rawatan

· Aktiviti Pemulihan Activities of Daily Living (ADL)

· Aktiviti Pemulihan Instrumental of Daily Living (IADL)

  • Aktiviti Pemulihan Tangan & Anggota Atas
  • Aktiviti Pemulihan Kanak-Kanak

· Aktiviti Penilaian & Latihan Cognitive & Perceptual

  • Aktiviti Penilaian & Latihan Pekerjaan
  • Rawatan TEDS
  • Rawatan Splinting
  • Aktiviti Home Visit

Kakitangan Unit

BilStafNo Tel & Emel
1Md. Rais Ag. Damit
Jurupulih Perubatan Anggota U29
087-853125
-
2Christian Darren Clarence
Jurupulih Perubatan Anggota U29
087-853124
-
3Aileen Vincent
Jurupulih Perubatan Anggota U29
087-853100
-
4Jacquenne Nicholos
Jurupulih Perubatan Carakerja U29
087-853124
5Alistca Brenda Serapain Suutin
Jurupulih Perubatan Carakerja U29
087-853123
6Roslee Brahim
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
7Minin Bin Dungoi
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-

Print article