Unit Kejururawatan Hospital Kuala Penyu

Unit Kejururawatan
Unit Kejururawatan
Kursus Pemantapan dan Pengukuhan Jururawat Masyarakat 2011
Unit Kejururawatan







Pengenalan
Mempunyai anggota seramai 105 orang yang terdiri daripada :
• 1 Penyelia Jururawat U36
• 4 Ketua Jururawat U32
• 19 Jururawat U32 (KUP)
• 40 Jururawat U29
• 3 Jururawat Masyarakat Kanan U24
• 38 Jururawat Masyarakat U19

Objektif
• Meningkatkan produktiviti dalam latihan dan perkhidmatan kejururawatan.
• Menjana sumber-sumber baru dalam teknologi dan pengetahuan, service-intensive, ICT dan kepakaran kejururawatan.
• Memperkukuhkan sistem pentadbiran kejururawatan.

Misi
• Memajukan profesyen kejururawatan ketahap nilai yang tinggi
• Meningkatkan pengetahuan dan inovasi serta mendidik mentaliti kelas pertama
• Mengurus isu kejururawatan secara konstuktif dan produktif
• Menambahbaik dan mengekal piawaian kualiti perkhidmatan kejururawatan
• Meningkat serta mengukuhkan mekanisme implementasi dan pemantauan perkhidmatan kejururawatan

Visi
• Bersama-sama menggembleng tenaga kearah kesihatan yang lebih baik melalui kecemerlangan profesionalisme kejururawatan

Fungsi Utama/Skop Perkhidmatan
• Menyediakan perkhidmatan, pemeriksaan diagnostic, perawatan Kejururawatan dan Rehabilitasi untuk pesakit kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, bayi dan pesakit perempuan yang tenat dari had umur 13 tahun ke atas dan menjaga ibu dengan sakit puan (Ginekologi)
• Memberi ceramah kesihatan untuk semua anggota kesihatan, pesakit dan orang awam mengenai penyakit, kebersihan diri dan sekeliling, amalan pemakanan yang sihat dan juga cara hidup yang sihat
• Mengadakan perkhidmatan Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak dan Bayi
• Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam 24 jam di hospital
• Perkhidmatan bilik permainan juga dibuka untuk kanak-kanak
• Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam 24 jam di hospital

Aktiviti Unit
• Sentiasa siap bersedia 24 jam untuk berkhidmat semasa kecemasan, bencana alam, malapetaka dan sebagainya.
• Membantu dan mengambil bahagian didalam perancangan pembangunan/pengubahsuaian terutama didalam merancang keperluan anggota kejururawatan.
• Merancang, menganjur dan mengelolakan program pendidikan kejururawatan dan latihan yang berkaitan dengan kerjasama unit latihan hospital.
• Membuat penempatan anggota kejururawatan yang baru bertukar masuk ke hospital ini.
• Memberitahu/memberi keterangan kepada semua anggota kejururawatan tentang kemajuan dan perubahan dibidang kejururawatan dari masa ke semasa.
• Kemukakan permohonan perjawatan tambahan/baru bagi anggota kejururawatan kepada Penyelia Jururawat Negeri setahun sekali.
• Menentukan anggota kejururawatan adalah mencukupi berpandukan jadual tugas mingguan anggota jururawat dari setiap wad/unit.
• Memberi nasihat/bimbingan dan batuan kepada pentadbiran hospital di dalam apa-apa perkara berkaitan dengan bidang kejururawatan dan perawatan pesakit.
• Menentukan anggota kejururawatan yang berkelulusan dibidang tertentu ditempatkan/digunakan di unit berkenaan.
• Menentukan agar setiap anggota kejururawatan akan diberi peluang kerjaya yang bersesuaian melalui latihan atau latihan semula penempatan dan kenaikkan pangkat (yang layak)
• Meningkatkan kebajikan anggota termasuk pelatih dengan :
    - Memberi perhatian kepada masalah yang dikemukan dan membuat peraturan untuk temubual anggota (kaunseling)
    - Member perhatian kepada rayuan pertukaran- terutama yang bermasalah
    - Membuat peraturan dan menimplimentasikan system pusingan penempatan anggota ke wad/unit setiap satu atau dua tahun sekali
    - Menentukan asrama/tempat penginapan bagi mereka yang layak adalah mencukupi dan mengemukakan syor-syor untuk tambahan/pengubahsuaian kepada pihak hospital dan Penyelia Asrama
    - Menentukan setiap anggota dibekalkan dengan pakaian/kain seragam yang lengkap dan pemakaian yang betul
    - Pengawasan Ketua Jururawat oleh Ketua Jururawat Y/M membuat perjumpaan dan perbincangan mengenai isu-isu semasa
    - Menyelia terus atau tidak langsung kelakuan dan pencapaian anggota jururawat selaras dengan tahap yang telah ditetapkan
    - Menentukan/memastikan disiplin, tatakelakuan dan etika kerja yang betul adalah terkawal dikalangan anggota kejururawatan.
    - Memastikan fail rekod peribadi setiap anggota dikemaskini dan ada disimpan dibilik Ketua Jururawat wad/unit
    - Menyediakan buku rekod pertukaran keluar/masuk
    - Mengemukakan panyata bulanan dan suku tahun ke Cawangan Kejururawatan JKNS mengikut jadual masa yang ditetapkan
    - Menentukan agar penempatan anggota adalah sesuai dengan mengambil kira latihan, pengalaman, kemahiran dan kecenderungan
    - Member latihan/pendidikan bagi pegawai yang perlu ditingkatkan pengetahuannya
    - Menggalakkan penjawat awam yang layak untuk mengikuti kursus pos basik yang bersesuaian
    - Menyedia, mengumpul dan membuat laporan prestasi kerja tahunan untuk setiap kategori kejururawatan.
    - Membuat penilaian pertama atas SKT anggota kejururawatan dimana perlu (wad/unit yang tiada Ketua Jururawat incaj)
    - Membuat permohonan dan mengemaskini borang permohonan bagi perakuan pengamalan jururawat tahunan pada setiap tahun mengikut jadual yang ditetapkan.
    - Melapor, menyiasat atau mengambil tindakan terhadap kes-kes yang tidak bertatatertib dikalangan pegawai/anggota selaras dengan kuasa yang diberi sepenuhnya
    - Menyelesaikan perselisihan faham diantara anggota atau anggota dengan orang awam
    - Member kepimpinan didalam pengurusan dan pentadbiran dibidang kejururawatan di hospital/organisasi
    - Menyalurkan arahan/garis panduan/prosedur bersabit dengan perkhidmatan kejururawatan yang dikeluarkan oleh Cawangan Jururawat dan Kementerian Kesihatan

Piagam Pelanggan

• Memberikan orientasi kepada anggota jururawat yang baru melaporkan diri di hospital ini
• Memberi perkhidmatan secara professional dan mesra berdasarkan polisi KKM, JKNS dan Hospital Kuala Penyu
• Sentiasa mengemaskinikan sebarang pembaharuan dalam perkhidmatan kejururawatan untuk memantapkan kualiti jururawat

Kakitangan Unit

BilStafNo Tel & Emel
1Matron Jaliha Matjakir
Penyelia Jururawat U36
087-853189
2Nor Raimah Binti Latif
Jururawat Masyarakat U19
087-853187
3Hamizah Awang Damit
Jururawat Masyarakat U19
087-853188
4Tay Mui Chen @ Doreen Tay
Jururawat Terlatih U29
087-853174
-
5Hayati Binti Thaufik
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
6Sairah Hj Mokrin
Jururawat Terlatih U29
087-853141
-

Print article