Unit Pentadbiran Hospital Kuala Penyu

Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran HKP
Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran HKP
Bahagian Pengurusan Hospital Kuala Penyu
Unit Pentadbiran Hospital Kuala Penyu
Unit Pegawai Khidmat Pelanggan
Unit Pengurusan







Pengenalan
Unit Pentadbiran terdiri dari dua sub unit utama iaitu Unit Perkhidmatan dan Unit Pegawai Khidmat Pelanggan. Unit-unit ini bertanggungjawab untuk memberi pelbagai perkhidmatan yang menjurus kepada urusan pentadbiran Hospital iaitu termasuk perjawatan kakitangan Hospital Kuala Penyu.

Skop Kerja Pentadbiran
a. Menguruskan dan menyediakan keperluan peralatan pejabat bagi memastikan keseluruhan sistem pentadbiran berjalan lancar
b. Bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kaunter yang berkualiti.
c. Menguruskan penghantaran dan penerimaan surat dalaman dan luaran HKP.
d. Urusan Rekod dan Inventori.
e. Menguruskan penyediaan pakaian seragam untuk semua kakitangan yang layak dibekalkan
f. Menguruskan pencalonan pingat dan anugerah darjah kebesaran negeri dan persekutuan dan anugerah yang lain bagi kakitangan yang layak dicalonkan
g. Menguruskan Perisytiharan Harta bagi semua kakitangan HKP
h. Menguruskan dan urusetia bagi semua rekod MPK semua unit dan Fail Meja untuk kakitangan Pentadbiran
i. Menguruskan serta urusetia bagi Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Anugerah Perkhidman Cemerlang (APC) kakitangan HKP
j. Urusan Aset Inventori bagi Pejabat.
k. Menguruskan sistem stor.
l. Menguruskan rekod dan penyimpanan kunci-kunci Pejabat Hospital Kuala Penyu
m. Menguruskan jadual penggunaan Bilik Mesyuarat Utama
n. Menguruskan tempahan makanan bagi Mesyuarat
o. Menyediakan borang-borang Am untuk pejabat
p. Memantau rekod kehadiran bagi semua kakitangan hospital

Fungsi dan Peranan Unit Perkhidmatan dan Perjawatan
a. Menyediakan perancangan sumber manusia yang strategik, efisien dan memaksimumkan sumber manusia yang ada, memproses pertukaran anggota, penetapan gaji, penyemakan gaji, pemakaian dan penyemakan skim perkhidmatan.
b. Perancangan sumber manusia melalui penyediaan inventori ramalan dan unjuran keperluan sumber manusia.
c. Melaksanakan perancangan tenaga manusia di peringkat PTJ mengikut Garis Panduan Perancangan Tenaga Manusia Sektor Awam 1985 yang dikeluarkan oleh JPA.
d. Menyemak dan memastikan kekosongan jawatan yang perlu diisi dengan segera.
e. Pelaksanaan skim perkhidmatan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
f. Melaksanakan urusan pengambilan dam pelantikan kakitangan sambilan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4/2000
g. Melaksanakan urusan pertukaran lantikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 17/2002.
h. Melaksanakan penetapan gaji bagi pegawai yang dinaikkan pangkat secara lantikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2003
i. Melaksanakan kaedah penetapan gaji permulaan dan pelarasan gaji kenaikan pangkat berdasarkan P.Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2007
j. Melaksanakan urusan kenaikan pangkat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
k. Melaksanakan sesi tapisan dan saringan permohonan jawatan kakitangan baru (Pekerja Sambilan) dan senarai pendek pemohon.
l. Penempatan dan pertukaran mengikut keperluan dan kepentingan.
m. Mengemaskini data-data perjawatan dari segi bilangan perjawatan dan pengisian.
n. Urusan kenaikan pangkat.

Lain Lain skop dan peranan unit adalah seperti berikut:
a. Cuti kakitangan.
b. Perletakan jawatan.
c. Pencen
d. Pinjaman perumahan.
e. Disiplin dan tatetertib.
f. Permohonan ke luar negara.
g. Pengeluaran KWSP.
h. Urusan gaji, perubahan gaji, bonus, tunggakan dan elaun.
i. Pemangkuan dan penanggungan tugas.
j. Permohonan kursus induksi.
k. Opsyen pencen dan KWSP.
l. Maklumat Staf.
m. Pelepasan dengan izin.
n. Buku rekod perkhidmatan.
o. Fail peribadi kakitangan.

Piagam Pelanggan Unit Pentadbiran
BIL URUSAN/PERKHIDMATAN TEMPOH PIAGAM
1. Memastikan urusan surat menyurat seperti proses surat masuk, surat keluar dan edaran dalaman dilaksanakan 1 hari
2. Memastikan semua pekeliling dan PKPA yang diterima dari KKM diedarkan ke unit-unit 2 hari
3. Memastikan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi semua anggota dibawah JKNSABAH dilaksanakan Bulan April
4. Memastikan fail yang diminta pegawai terbabit dapat dikemukakan dengan segera, keutamaan akan diberi kepada fail-fail yang memerlukan tindakan segera 30 minit
5. Memastikan kad perakam waktu Pegawai yang lewat hadir bertugas sebanyak 2 kali tanpa tandatangan ketua atasan akan ditukar ke kad hijau 3 hari
6. Menguruskan Pengisytiharan harta selepas permohonan oleh pegawai 3 hari
7. Menguruskan Permohonan Penyewaan Ruang 1 hari
8. Memproses Permohonan Pinjaman Peribadi Anggota 5 hari
9. Mengemaskini Statistik Perjawatan Anggota 1 hari
10. Mengurus permohonan peralatan pejabat untuk kegunaan semua unit 5 hari


BIL URUSAN/PERKHIDMATAN TEMPOH PIAGAM
1. Perakuan Perlantikan, Pengesahan dalam Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Kenaikan Pangkat, Perakuan Penanggungan Kerja, Penyelarasan Gaji. Semua di atas akan diproses dan diedarkan ke JKNSABAH 5 hari
2. Keputusan mesyuarat JK Pertukaran dan Penempatan akan dimaklumkan kepada anggota 1 hari selepas penerimaan maklumbalas
3. Permohonan Cuti Haji, Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Bersalin dan lain-lain akan diuruskan 5 hari dari tarikh penerimaan permohonan
4. Menguruskan dan merekodkan tempahan bilik mesyuarat setelah permohonan diterima 1 hari dari tarikh penerimaan permohonan
5. Permohonan pelepasan dan perletakan jawatan akan diuruskan 5 hari dari tarikh penerimaan permohonan
6. Kenyataan Perkhidmatan akan dikemaskini dalam Buku Perkhidmatan 2 hari dari tarikh penerimaan


Kakitangan Unit

BilStafNo Tel & Emel
1Chindara Puleh Binti Jinti
Penolong Pegawai Tadbir N27
087-853169
2Hayati Mumin
Setiausaha Pejabat N27
087-853184
3Efno Abas Abd Rahman
Pembantu Tadbir (P/O) N22
087-853192
4Noor Suzilawati Robin
Pembantu Tadbir (P/O) N17
087-853192
5Suhireh Ag. Damit
Pembantu Tadbir (P/O) N17
087-853191
6Norshahwinezan Binti Muda
Pembantu Tadbir (P/O) N17
087-853191
7Marcella Impui
Pembantu Tadbir (P/O) N17
087-853194
8Mohd Rizal b Ag Anak
Pembantu Tadbir (Rekod) N17
087-853150
9Diana Binti Ukah
Penyelia Asrama N17
087-853221
10Bianca L. Tunguia
Pegawai Khidmat Pelanggan N17
087-853100
-
11Annabelle Michael Ungkutan
Pegawai Khidmat Pelanggan N17
087-853100
-
12Noorelmaswatty Binti Esa
Pegawai Khidmat Pelanggan N17
087-853100
-
13Mohd Ihsan Reedzal
Pegawai Khidmat Pelanggan N17
087-853193
14Richard Daniel Kuin
Pembantu Am Pejabat N11
087-853173
-
15Razali Bin Hj. Anin
Pembantu Am Pejabat N11
087-853175
-
16Ag Mohd Esa Bin Ag Sirat
Pembantu Am Pejabat N11
087-853176
-
17Mohd Salleh Bin Hamiddin
Pekerja Rendah Awam H11
087-853100
-

Print article