Unit Bekalan Bahan Steril Hospital Kuala Penyu

Unit Bekalan Bahan Steril
Unit Bekalan Bahan Steril
Unit Bekalan Bahan Steril
Unit Bekalan Bahan Steril
Unit Bekalan Bahan Steril
Unit CCSD







Pengenalan
Perkhidmatan unit Bekalan Bahan Steril Hospital Kuala Penyu adalah:-
  • Menjaga dengan baik semua peralatan yang di hantar ke unit kami.
  • Membekalkan peralatan dan linen yang steril dan selamat digunakan oleh pesakit dan anggota unit / wad.

Sentiasa berusaha mengekalkan kemajuan dalam bidang pensterilan serta melaksanakan perubahan-perubahan yang perlu dari masa ke semasa seiring dengan peraturan baru dan tatacara kerja yang disarankan.  

Kami bertanggungjawab dalam menyediakan semua peralatan steril wad atau unit di Hospital Kuala Penyu dengan menumpukan kepada perkara-perkara berikut:-
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Menyediakan serta membekalkan barangan ‘steril’ dengan kemas cepat dan selamat digunakan oleh pesakit dan anggota di wad / unit.
  • Menjaga dengan baik semua peralatan yang di hantar ke Unit Sucihama.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pensterilan serta melaksanakan perubahan-perubahan yang perlu seiring dengan peraturan dan tatacara kerja yang disarankan dari masa ke semasa.

Objektif Unit
Menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan dengan melaksanakan prinsip sterilisasi bagi tujuan mengawal infeksi di Hospital Kuala Penyu.

Visi Unit
Berlandaskan budaya korporat dan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berteknologi tinggi, unit bekalan steril menjadi pusat utama dalam menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilisasi peralatan perubatan kepada semua unit/wad di Hospital Kuala Penyu.

Misi Unit
Menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan yang mencukupi bagi memudahkan pelanggan melakukan prosedur dengan lebih kompeten dan selamat ke arah memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Masa Beroperasi
Waktu Pejabat

Piagam Pelanggan
Komitmen kami adalah bertanggungjawab menjadikan semua peralatan dan barang-barang kepada unit / wad, klinik-klinik kesihatan untuk pencegahan dan pengawalan jangkitan.

Kewajipan Pelanggan
Bagi membolehkan bahagian ini melaksanakan piagam pelanggan dengan cepat berkesan menjadi kewajipan pelanggan untuk :-
  • Menyediakan borang pesanan mengikut ‘ Shelf Level’ yang ditetapkan.
  • Menyediakan ‘Instrument’ terpakai ke dalam bekas bertutup untuk mengurangkan ‘nosocomial Infection’ bagi memudahkan anggota CSSU memeriksa dan mengira jumlah peralatan yang telah diguna.
  • Mematuhi semua arahan dan peraturan yang tersedia serta perubahan-perubahan dari masa ke semasa.

Kakitangan Unit

BilStafNo Tel & Emel
1Harry Tiwin Mojinun
Jururawat Terlatih U32 (KUP)
087-853130
2Tutti Hariaty Sallehen
Jururawat Masyarakat U24
087-853129
-
3Rubiah Binti Majid
Jururawat Masyarakat U19
087-853100
-
4Ag Mohd Nadzir Bin Ag Jamil
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
5Saidah Binti Sumdim
Pekerja Rendah Awam R3
087-853100
-

Print article