Unit Pengimejan Diagnostik (X-Ray ) Hospital Kuala Penyu

Unit X-Ray Hospital Kuala Penyu
Unit Pengimejan Diagnostik (X-Ray)
Unit Pengimejan Diagnostik (X-Ray)
Unit Pengimejan Diagnostik (X-Ray)
Unit Pengimejan Diagnostik (X-Ray)
Unit (Pengimejan Diagnostik) X-Ray







Objektif Unit
Memberi perkhidmatan x-ray kepada pesakit secara profesional dengan menghasilkan imej radiograf yang berkualiti, tepat dan mudah dianalisa

Misi Unit
Perkhidmatan Radiologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka kepada keperluan pelanggan berteraskan kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisme.

Visi Unit
Menyediakan perkhidmatan pengimejan yang berdiagnostik tinggi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.

Piagam Pelanggan
Memberi perkhidmatan x-ray kepada pesakit secara profesional dengan menghasilkan imej radiograf yang berkualiti serta mengambil kira perlindungan radiasi dan privasi pesakit.

Skop Perkhidmatan
Pemeriksaan Yang Dijalankan Di Unit Pengimejan Diagnostik, HKP
1. Pemeriksaan Radiografi Am :
  • Kepala
  • Ekstrimiti Atas ( Sendi Bahu – Jari Tangan )
  • Ekstrimiti Bawah ( Sendi Pinggul – Jari Kaki )
  • Dada
  • Abdomen / KUB
  • Tulang Pinggul
  • Tulang-Tulang Vertebra ( Servikel,Torasik,Lumbar,Sakral,Koksik )

2. Pemeriksaan Khas IVU (Intra Venous Radiography)
Pemeriksaan X-ray ini menggunakan kontras media yang disuntik melalui salur darah untuk melihat fungsi saluran kencing pesakit. Sebelum pemeriksaan dilakukan pesakit perlu berpuasa dan memakan ubat Dulcolax/Bisacodyl untuk membersihkan usus. Pesakit yang mempunyai alahan / alergi kepada sebarang makanan atau ubat serta mempunyai asma perlu memakan ubat Prednisolone untuk mengelakkan reaksi kepada media kontras. Pemeriksaan selalunya mengambil masa setengah jam – sejam setengah bergantung kepada keadaan pesakit.

3. Pemeriksaan X-ray Bergerak / Mudah Alih (Portable )
  • Pemeriksaan Portable akan dilaksanakan di Wad / Dewan Bersalin / Unit Kecemasan jika pesakit terlalu tenat untuk datang ku Unit Pengimejan Diagnostik.

4. Pemeriksaan Semasa On-Call
  • Tugas atas panggilan @ On call akan bermula semasa rehat dan selepas waktu berkerja dan juga pada hari cuti. ( 24 Jam ) On call diadakan kerana berlaku kemungkinan kes-kes Urgent yang memerlukan pemeriksaan X-Ray dengan segera. Contohnya Kes kemalangan

Masa Perkhidmatan

Hari Masa Perkhidmatan
Isnin – Khamis 08. 00 am - 1.00 pm
02.00 pm - 05.00 pm
Jumaat 08.00 am - 11.30 am
02.00 pm - 05.00 pm
Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am Tugas Atas Panggilan ( On- Call )
24 Jam

Info X-Ray
Sejarah X-Ray
Pada 8 November 1895, Wilhem Konrad Roentgen berbangasa Jerman telah menemui suatu cahaya yang tidak kelihatan berupaya menembusi berbagai jenis tisu badan manusia. Beliau menamakan cahaya tersebut X-RAY

Imej yang terhasil dirakamkan ke filem fotografi yang dipanggil Radiograf. Perubatan radiografi yang kini dikenali dengan nama “ Pengimejan Diagnostik” adalah satu alat diagnostik membantu para doktor untuk memastikan suatu penyakit atau kecederaan secara positif.

Adakah Sinar - X ( X-Ray) Merbahaya ?
Oleh sebab sinar – X boleh memusnahkan sel-sel tubuh, maka ia merbahaya kepada kesihatan jika tidak dikendalikan dengan betul.

Beberapa Undang – Undang dan Peraturan telah ditetapkan bagi mengelakkan bahaya atau kerosakkan yang mungkin berlaku akibat tindakan sinaran –X ke atas tubuh manusia.

Sinaran-X tidak merbahaya jika digunakan secara terkawal dengan penggunaan yang minima.

Peringatan Untuk Wanita
Sila beritahu kakitangan yang bertugas di Kaunter Pendaftaran atau kepada Juru X-Ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.


Kakitangan Unit

BilStafNo Tel & Emel
1Zuraina Binti Sainan
Juru X-Ray U32
087-853138
2Nur Syakilah Abdullah
Juru X-Ray U29
087-853140
-
3Mohammad Fadhlul Hadi Bin Abd Gani
Juru X-Ray U29
087-853100
-
4Afizah Ismail
Juru X-Ray U29
087-853100
-
5Ajamain @ Jamain Hj. Kumit
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-

Print article