Unit Farmasi Logistik Hospital Kuala Penyu

Perasmian Kaunter Farmasi Pesakit Luar Baru HKP
Perasmian Kaunter Farmasi Pesakit Luar Baru HKP
Unit Farmasi
Unit Farmasi
Unit Farmasi
Unit Farmasi







Objektif Unit
  • Membekalkan bahan perubatan kepada pelanggan mengikut piawaian farmaseutikal.
  • Memberi kefahaman kepada pelanggan terhadap ubat-ubatan yang diberikan.
  • Memastikan stok bekalan bahan perubatan mencukupi setiap masa.
  • Menyediakan persediaan ubat-ubatan farmaseutikal (lotion/krim/bancuhsegar) seperti yang diperlukan mengikut piawaian farmaseutikal.
  • Melaksanakan elemen-elemen yang termaktub didalam budaya korporat

Visi Unit
Memastikan pelanggan berpengetahuan tentang penggunaan ubat

Misi Unit
Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk mencapai visi Dengan menggunakan pendekatan :-
  • Kaunseling dan pendidikan kesihatan berhubung dengan ubat-ubatan.
  • Program kepastian kualiti dan inisiatif kualiti
  • Tindakan pengukuhan dan penambaikan perkhidmatan sepanjang masa

Piagam Pelanggan Unit
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik , mesra, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pesakit akan diberi ubat- ubatan berlabel, yang berkualiti, berkesan dan selamat.
  • Setiap pesakit akan diberikan penerangan yang lengkap mengenai ubat-ubatan yang dibekalkan
  • Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan untuk mendapatkan ubat dalam masa 30 minit. KECUALI preskripsi yang bermasalah perlu “DIRUJUK SEMULA / DIBANCUH SEGAR dan DIREKOD”

Strategi Unit
Berdasarkan kepada hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia ingin meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan disamping mengelakkan penyalahgunaan ubat , maka Unit Farmasi dan Bekalan telah menyusun strategi supaya dapat menyumbang kearah hasrat tersebut diantaranya melalui :
  • Mengeluarkan ubat-ubatan dengan mengikut sukatan yang betul dan berkualiti.
  • Pengawalan penggunaaan ubat-ubatan terutamanya ubat jenis Psikotropik dan Dadah Berbahaya selaras dengan Akta dan Peraturan Racun 1952.
  • Memantau stok bekalan untuk mengelakkan dari pembaziran.
  • Memberi penerangan dan penggunaan ubat-ubatan yang betul kepada pengguna.
  • Memberi khidmat kaunseling tentang pengambilan ubat-ubatan kepada pengguna.

Fungsi Utama & Aktiviti
  1. Perolehan dan pembekalan
  • Perolehan dari Pharmaniaga (M) Sdn. Bhd., Cawangan Farmasi Logistik Negeri Sabah dan pembekal tempatan yang dilantik.
  • Pembekalan Ubat dan bukan ubat kepada unit pengguna.
  • Pengurusan Penalti Pembekal Konsesi Dan Kontrak
  • Penilaian Prestasi Pembekal
  • Pengurusan Bahan Perubatan Yang Lambat Bergerak dan Hampir Luput termasuk Item LOU
  • Pengurusan Produk Panggil Balik (Recalled Products)
  • Pengendalian Pelupusan Stok Yang Luput Atau Rosak
  • Pengurusan Aduan Kualiti Produk
  • Pelaksanaan Pemeriksaan & Verifikasi Stor
  1. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
  • Membekalkan ubat kepada pesakit secara “Island Dispensing”
  • Menggunakan Sistem PhIS (Pharmacy Information System)
  • Perkhidmatan Kaunseling Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Vas (Value Added System) bagi memudahkan pembekalan ubat kepada pesakit iaitu :
  1. Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) –Ke Fasiliti Yang Di rujuk/SPUB in
  2. Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) –Dari Fasiliti Yang Di rujuk/SPUB out
  • Sistem Kad Temujanji Farmasi
  1. Perkhidmatan ‘Home Medication Review’
  • Diabetes Medication Therapy Adherence Clinic (DMTAC) perkhidmatan kaunseling dan pemantauan rapi penggunaan ubatan kepada pesakit diabetes yang berdaftar.
  1. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam Dan Klinikal Farmasi
  • Membekal ubat kepada Wad Pesakit Dalam melalui sistem ”Unit Of Use” dan “ Unit Of Dose “ termasuk juga ”Floor Stock”
  • Peryediaan Ubat Galenikal samada ubat cecair untuk kegunaan dalam, ubat disinfektan dan lotion untuk kegunaan luar dan penyediaan ubat bancuh segar (Extemporaneous).
  • Perkhidmatan “Therapeutic Drug Monitoring”. (TDM)
  • Pemeriksaan Wad setiap 4 bulan
  • Memberi kaunseling kepada pesakit dengan Kriteria tertentu
  • Rondaan Wad bersama pegawai perubatan / pakar perubatan dan penyaringan Carta Pengubatan Pesakit.
  • Mengesan dan melaporkan kes-kes mudarat ubat (ADR)
  • Mengesan dan melaporkan kes-kes alahan ubat.
  1. Perkhidmatan Maklumat Ubat Dan Racun
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun kepada Orang Awam/ Kakitangan Hospital
  • Pameran dan Ceramah Kenali Ubat Anda
  • Pengurusan Aduan Kesan Advers Ubat (ADR)
  • Pengurusan dan Pendaftaran Aduan Alahan Ubat
  • Pendidikan Pesakit/Kaunseling Ubat-ubatan secara berkumpulan di Jabatan Pesakit Luar
  • Membuat Buletin dan Maklumat Ubat-Ubatan yang boleh di layari di portal rasmi Hospital Kuala Penyu.
  • Menguruskan Contineous Pharmaceutical Education.

Masa Beroperasi

Hari Masa Beroperasi
Isnin - Jumaat 7.30 pagi - 5.00 petang
Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am 8.00 pagi - 12.30 petang


** Farmasi juga beroperasi pada waktu rehat (1.00 Petang - 2.00 Petang)

Waktu Pengambilan Ubat Kad Temujanji & Ubat Ulangan

Hari Masa Beroperasi
Isnin – Khamis 8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat 8.00 pagi – 11.30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang
Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am Tutup


Kakitangan Unit

BilStafNo Tel & Emel
1Hana Fariza Bt Muhammad Yunus
Ketua Pegawai Farmasi UF44
087-853104
2Ahmad Afiq Bin Rahim
Pegawai Farmasi UF41
087-853105
3Menartani A/P Krishna
Pegawai Farmasi UF41
087-853107
4Jayne Lim Jia Ying
Pegawai Farmasi UF41
087-853117
5Tan Chu Ping
Pegawai Farmasi UF41
087-853108
6Ivy Jamianus @ Nurul Aisyah
Penolong Pegawai Farmasi U32 (KUP)
087-853117
7Halifah Basman
Penolong Pegawai Farmasi U32 (KUP)
087-853117
-
8Georgiane Binti Mijis
Penolong Pegawai Farmasi U29
087-853106
-
9Reiddauz Bin Yusof
Penolong Pegawai Farmasi U29
087-853106
-
10Veronica Dominic Saibun
Penolong Pegawai Farmasi U29
087-853117
11Masli Bin Asan
Pembantu Tadbir N22 (KUP)
087-853105
-
12Jaminan Durahman
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853105
-
13Abu Bakar Bin Ali Ahmad
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853106
-
14Mazli Bin Salleh
Pekerja Rendah Awam H11
087-853105
-
15Sarimah Sahat
Pekerja Rendah Awam H11
087-853106
-
16Ag Mohd Esa Bin Ag Sirat
Pembantu Am Pejabat N11
087-853176
-

Print article