Unit Wad Perempuan Hospital Kuala Penyu

Wad Perempuan HKP







Pengenalan
Wad Perempuan (2B) terletak di aras 2, berhadapan dengan lif dan Unit Patologi, bersebelahan dengan Unit Kebajikan, Unit Hasil dan Pejabat Pengurusan.

Wad ini dijaga oleh seorang Ketua Jururawat Gred U32, yang bertanggungjawab menjalankan pengurusan harian wad dan pengurusan klinikal dan perawatan kejururawatan. Wad ini menyediakan katil bertaraf kelas 3 sahaja.Jumlah katil adalah 17 buah.

Skop Perkhidmatan
a. Rawatan Pesakit Dalam
  • Menyediakan perkhidmatan diagnose, rawatan dan pemulihan yang bersesuaian, mencukupi, selesa, berkesan dan mudah diperolehi oleh orang awam
  • Ianya juga memberikan rawatan perubatan Institutional demi meningkatkan taraf kesihatan rakyat
b. Perubatan Am
  • Untuk merawat dan memulihkan pesakit-pesakit kepada keadaan kesihatan optima yang boleh dicapai

Fungsi & Aktiviti
  • Menyediakan perkhidmatan, pemeriksaan diagnostik, perawatan kejururawatan dan rehabilitasi untuk pesakit perempuan dari had umur 13 tahun ke atas dan menjaga ibu dengan sakit puan (Ginekologi)
  • Memberi ceramah kesihatan untuk semua anggota kesihatan, pesakit dan orang awam mengenai penyakit, kebersihan diri dan sekeliling, amalan pemakanan yang sihat dan juga cara hidup sihat
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam 24 jam di hospital.

Masa Melawat

Hari Masa Melawat
Isnin – Khamis 12:30 pm – 2.00 pm
4:30 pm – 7:30 pm
Jumaat 11.30 am - 2.00 pm
4.30 pm – 7.30 pm
Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am 12:30 pm – 7:30 pm

  • Waris pesakit yang tenat boleh memohon pas khas yang ditandatangani olek Ketua Unit untuk menjaga pesakit berkenaan pada luar masa melawat (terhad untuk seorang waris sahaja).
  • Balai pelawat tidak disediakan.

Visi Unit
Memberi perkhidmatan yang berkualiti, cemerlang, cekap, mesra beretika dalam menekankan aspek promatif, proaktif, kreatif dan inovatif bagi keperluan dan ekspektasi pelanggan.

Misi Unit
Meningkatkan kualiti perawatan pelanggan,ke tahap yang optima melalui pembangunan kerjaya kejururawatan yang professional, penyayang dan semangat berpasukan.

Objektif Unit
1. Memberi perkhidmatan diagnosa, perawatan dan rehabilitasi yang bersesuaian, mencukupi, selesa dan berkesan demi mencapai optima mengikut kemampuan pesakit.
2. Meningkatkan kesedaran orang ramai akan pentingnya mendapat rawatan perubatan secepat mungkin serta lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri agar mortaliti dan mobiditi dapat dikurangkan.
3. Memberi layanan yang mesra dan penyayang tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama.

Piagam Pelanggan
WAD
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra,bertimbangrasa, hormat,bersopan santun,jujur dan ikhlas.
  • Selepas tiba di wad ,setiap pesakit dan keluarga akan diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.
  • Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil dalam tempoh 10 minit.
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalama masa 60 minit.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan.Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan yang tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangakan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

DISCAJ
Pesakit akan diberitahu 3 JAM lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad
Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut semasa discaj:
  • Maklumat temujanji
  • Risalah rawatan susulan
  • Surat rujukan kepada pakar/Pegawai Perubatan Klinik swasta yang merujuk
  • Resit bayaran discaj hospital bagi pesakit
  • Nasihat

KEWAJIPAN PELANGGAN
Bagi membolehkan bahagian in melaksanakan Piagam Pelanggan dengan cepat dan berkesan adalah kewajipan pelanggan untuk:-
  • Mematuhi garis panduan serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
  • Mematuhi kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.


Kakitangan Unit

BilStafNo Tel & Emel
1Sainah Binti Munap
Ketua Jururawat U32
087-853100
2Masni Ngelambai @ Yahya
Jururawat Terlatih U32 (KUP)
087-853100
3Noorfarizah Ghaffar
Jururawat Terlatih U32 (KUP)
087-853198
-
4Rugayah Binti Omar
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
5Palisah Binti Mohd Salleh
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
6Nudra Athirah Binti Azmi
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
7Esther Elviana Ngoai
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
8Ernawaty Lukneh
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
9Norsyazwani Mohd Jaludin
Jururawat Terlatih U29
087-853199
-
10Marlisa Syera Matin
Jururawat Terlatih U29
087-853199
-
11Ruzipah Saidon
Jururawat Masyarakat U19
087-853100
-
12Sylvia Silverius
Jururawat Masyarakat U19
087-853100
-
13Suzilah Joas
Jururawat Masyarakat U19
087-853100
14Shirely Joseph @ Petrus
Jururawat Masyarakat U19
087-853100
-
15Nurul Hayati Ismail
Jururawat Masyarakat U19
087-853100
-
16Deviyana Emily D. Etin
Jururawat Masyarakat U19
087-853100
-
17Khatrina Binti Maidin
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
18Cicilia Danuh @ Joannes
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
19Soonah Alai
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
20Zainun Bajun
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
21Rohani Daud
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
22Rosilah Mohd Tahir @ Tahir
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-

Print article