Unit Wad Lelaki Hospital Kuala Penyu

Wad Lelaki Hospital Kuala Penyu
Wad Lelaki Hospital Kuala Penyu
Wad Lelaki Hospital Kuala Penyu







Pengenalan
Wad Lelaki yang juga dikenali sebagai Wad 2B mula dibuka seiring dengan bermulanya pembukaan Hospital Kuala Penyu. Pada awal pembukaan Hospital, wad lelaki hanya beroperasi mengikut masa pejabat. Kemudian, pada 28 Februari 2006 Wad Lelaki mula beroperasi memberikan khidmat penjagaan perawatan kepada semua masyarakat di daerah ini pada masa 24 jam.

Mempunyai 28 buah katil termasuk 2 buah bilik pengasingan untuk kes-kes penyakit berjangkit.

Skop Perkhidmatan
  • Menyediakan perkhidmatan, pemeriksaan diagnostik, perawatan kejururawatan dan memberi jagaan kepada pesakit lelaki yang tenat dari had umur 13 tahun ke atas.
  • Mengadakan perkhidmatan dan kemudahan perubatan serta pembedahan am tetapi sekiranya ada perkhidmatan pakar , skop perkhidmatan akan diperkembangkan mengikut kesesuaian.
  • Memberi ceramah kesihatan untuk semua anggota kesihatan, pesakit dan orang awam mengenai penyakit,kebersihan diri dan sekeliling, amalan pemakanan yang sihat dan juga cara hidup yang sihat.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam 24 jam di hospital.

Masa Melawat

Hari Masa Melawat
Isnin – Khamis 12:30 pm – 2.00 pm
4:30 pm – 7:30 pm
Jumaat 11.30 am - 2.00 pm
4.30 pm – 7.30 pm
Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am 12:30 pm – 7:30 pm

  • Waris-waris pesakit yang tenat boleh memohon pas khas yang ditandatangani oleh Pegawai Perubatan untuk menjaga pesakit berkenaan pada luar masa melawat.
  • Balai pelawat disediakan untuk waris yang datang dari jauh dan tidak mempunyai tempat tinggal di Kuala Penyu. Kemudahan Balai Pelawat adalah PERCUMA.

Objektif Unit
Memberi perkhidmatan diagnosa,rawatan dan rehabilitasi yang bersesuaian, mencukupi, selesa dan berkesan demi mencapai taraf kesihatan yang optima mengikut kemampuan pesakit. Memberi layanan yang mesra dan penyayang tanpa mengira kedudukan,bangsa dan agama.

Misi Unit
Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan peralatan ke tahap yang optima,melalui pembangunan kerjaya kejururawatan yang profesional dan semangat berpasukan.

Visi Unit
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan beretika dengan menekankan aspek promotif,kreatif,inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Piagam Pelanggan
WAD
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra,bertimbangrasa, hormat,bersopan santun,jujur dan ikhlas.
  • Selepas tiba di wad ,setiap pesakit dan keluarga akan diberi maklumat sewajarnya mengenai peraturan kemasukan ke wad.
  • Setiap pesakit akan ditempatkan dikatil dalam tempoh 10 minit.
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalama masa 60 minit.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan.Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan yang tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangakan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

DISCAJ
Pesakit akan diberitahu 3 JAM lebih awal mengenai tarikh dan masa discaj dari wad
Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut semasa discaj:
  • Maklumat temujanji
  • Risalah rawatan susulan
  • Surat rujukan kepada pakar/Pegawai Perubatan Klinik swasta yang merujuk
  • Resit bayaran discaj hospital bagi pesakit
  • Nasihat

KEWAJIPAN PELANGGAN
Bagi membolehkan bahagian in melaksanakan Piagam Pelanggan dengan cepat dan berkesan adalah kewajipan pelanggan untuk:-
  • Mematuhi gari panduan serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
  • Mematuhi kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

Pencapaian Piagam Pelanggan Unit »

Kakitangan Unit

BilStafNo Tel & Emel
1Simpol Binti Yussof
Ketua Jururawat U32
087-853204
2Zainab Binti Apin
Jururawat Terlatih U32 (KUP)
087-853100
3Saina @ Jonita Alai
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
4Monawati Moksitin
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
5Rosana Arbi
Jururawat Terlatih U29
087-853205
-
6Magreth Maik
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
7Noorazirah Binti Zakariah
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
8Kristina Anik
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
9Jenneza Teo Ai Thing
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
10Livanna Julin
Jururawat Terlatih U29
087-853205
-
11Fronica Treny Miji
Jururawat Terlatih U29
087-853205
-
12Norrihan Binti Satrin
Jururawat Masyarakat U19
087-853205
-
13Stella Juani
Jururawat Masyarakat U19
087-853205
-
14Magdeline Evone Michael
Jururawat Masyarakat U19
087-853100
-
15Afidah Binti Mohamad
Jururawat Masyarakat U19
087-853100
-
16Lymie Binti Micheol
Jururawat Masyarakat U19
087-853205
-
17Mohd Nor Bin Ag. Mahmud
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
18Mazalaan @ Mazlan Jaapar
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
19Rasidi Ag Hashim
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
20Mohd Khairi Jepdi
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
21Az Waddy @ Awangku Tangah
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-

Print article