Kuala Penyu Hospital Information Technology (IT) Unit

Unit Teknologi Maklumat
Unit Teknologi Maklumat
Unit Teknologi Maklumat







Latar Belakang
Hospital Kuala Penyu mula dibina pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada tahun 2006. Ia merupakan antara salah satu Projek Hospital Information, Communication and Technology System (HICT) tanpa sistem Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia dilengkapi dengan kemudahan IT termasuk kelengkapan server.

Sebagai sebuah hospital yang dilengkapi dengan kemudahan lengkap IT, keperluan unit IT amatlah diperlukan. Namun semasa ia ditubuhkan ia hanya dikendalikan oleh wakil-wakil IT yang telah dilantik Pengarah Hospital dikalangan kakitangan dari unit lain yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT. Ini adalah disebabkan tiada perjawatan untuk unit IT.

Namun demikian pada tahun 2009, pihak Hospital Kuala Penyu berjaya mendapat 3 perjawatan untuk unit IT iatu Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) F41, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) F29/F32 dan Juruteknik Komputer (JTK) FT17/FT22.

Objektif
  • Bertanggungjawab menyelia dan memberi khidmat sokongan teknikal penggunaan semua kemudahan IT termasuk komputer, sistem rangkaian LAN, server dan Internet di Hospital Kuala Penyu
  • Memantau, melaksana dan memastikan perlaksaan Aplikasi Kerajaan Elektronik dan projek-projek IT KKM oleh kakitangan dan pegawai Hospital Kuala Penyu dapat digunakan tanpa sebarang masalah
  • Merancang dan menyediakan infrastruktur IT selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik

Visi Unit
  • Untuk membantu Hospital Kuala Penyu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan inisiatif Teknologi Maklumat (IT) bagi mencapai misinya dengan lebih cekap dan berkesan

Misi Unit
  • Merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) kepada Hospital Kuala Penyu bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
  • Memberikan bantuan sokongan teknikal dan latihan IT kepada warga Hospital Kuala Penyu bagi menjamin perkhidmatan kepada pihak pelanggan dapat diberikan dengan cekap dan berkesan.
  • Mengoptimumkan penggunaan IT bagi meningkatkan pengetahuan dan budaya IT di kalangan warga Hospital Kuala Penyu

Fungsi Utama
  • Memberi khidmat sokongan pengguna di Hospital Kuala Penyu untuk sebarang masalah berkaitan Teknologi Maklumat (IT)
  • Penyediaan infrastruktur, perkakasan dan perisian IT di Hospital Kuala Penyu
  • Memastikan penggunaan perisian dan perkakasan IT, sistem dan aplikasi kerajaan elektronik, rangkaian LAN dan Internet di Hospital Kuala Penyu dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
  • Pembangunan Sistem Aplikasi Dalaman untuk kegunaan anggota
  • Menyelaras dan memastikan pengurusan, perolehan dan pelupusan aset IT yang teratur.
  • Memantau agensi atau vendor yang dilantik untuk melaksana sebarang kerja atau projek IT di Hospital Kuala Penyu melakukannya dengan baik.
  • Memberi taklimat dan kursus kepada anggota Hospital Kuala Penyu dalam bidang IT.
  • Menyelaras Laman Web dan Media Sosial Rasmi Hospital Kuala Penyu
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

Piagam Pelanggan
  • Menyelesaikan aduan IT pengguna dalam tempoh dua hari jika tidak melibatkan sebarang penggantian.



Staff of Unit

NoStaffContact
1Lionel Michael Jominin
Pegawai Teknologi Maklumat F41
087-853185
2Wong Kah Ye
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
087-853182
3Leopoldo Bin Gudeh @ Pingkui
Juruteknik Komputer FT19
087-853182

Print article