Kuala Penyu Hospital Quality Unit

Unit Kualiti HKP
Unit Kualiti HKP







Pengenalan
Unit Kualiti HKP diwujudkan secara rasmi pada tahun 2007 atas saranan KKM melalui Pekeliling bil (35) dlm KKM bertarikh 30 Jan 2002 and ia ditubuhkan oleh Pengarah Hospital Pertama – Dr Breithner G.Johniu. Unit Kualiti terletak di aras 2, satu tempat dengan Unit Pengurusan berdekatan dengan Unit IT

Penyelaras Kualiti
Penyelaras Kualiti
  • Penyelaras 1 – PJ Jaliha Matjakir
  • Penyelaras 2 – PPP J.Mizan Jimmy
Urusetia Kualiti :
  • JT Doreen Tay ( Sepenuh masa)
  • JT Winnie Yap
Pengenalan
Objektif Unit
Menjadi unit penyelaras dalam mengendalikan dan mengawal semua aktiviti – aktiviti kualiti hospital agar perkhidmatan yang diberikan berkualiti sesuai dengan objektif dan visi yang telah ditetapkan oleh Hospital Kuala Penyu,Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Visi Unit
Menerapkan nilai- nilai serta ciri- ciri kualiti dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit dan masyarakat dengan mempastikan keperluan pelanggan dipenuhi.

Misi Unit
Berusaha untuk MENINGKATKAN KUALITI perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Kuala Penyu bagi memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan dengan mengamalkan prinsip- prinsip budaya korporat dan etika perkhidmtan cemerlang.

Fungsi Utama
  • Mengawasi perlaksanaan & memantau semua aktiviti peningkatan kualiti.
  • Membantu/membimbing penyelaras baru memulakan program aktiviti kualiti
  • Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital
  • Sebagai sekateriat untuk pengumpulan laporan-laporan aktiviti di hospital.
  • Mempastikan laporan-laporan yang dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan serta membantu dalam penyediaan laporan atau maklumbalas tahunan yang berkaitan dengan kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh JKNS/KKM.
  • Mengenalpasti & menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan ‘ shortfall in quality’ & tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
  • Bekerjasama dengan unit/wad untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dan masyarakat supaya keperluan serta kehendak pelanggan dipenuhi.

Staff of Unit

NoStaffContact
1Hamizah Awang Damit
Jururawat Masyarakat U19
087-853188

Print article