Kuala Penyu Hospital Hemodialysis Unit

Unit Hemodialisis Hospital Kuala Penyu
Unit Hemodialisis Hospital Kuala Penyu







Pengenalan

Unit Hemodialisis merupakan perkhidmatan yang baru diwujudkan di Hospital Kuala Penyu seterusnya di daerah Kuala Penyu. Sebelum ini kebanyakan pesakit yang memerlukan perkhidmatan hemodialisis ini terpaksa berulang alik menerima rawatan di Hospital Beaufort . Dengan adanya perkhidmatan ini memudahkan pesakit mendapatkan rawatan tanpa perlu ke hospital lain.

Tarikh bermulanya pembinaan Unit Hemodialisis adalah pada 01 Ogos 2013 yang melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM 472,800.00. Unit ini dibina bersebelahan dengan Jabatan Pesakit Luar dan Taman Terapeutik hospital. Setelah kerja - kerja pembinaan selesai unit ini telah diserahkan kepada pihak Hospital Kuala Penyu.

Unit Hemodialisis mula beroperasi pada 05 Januari 2015 dan mempunyai sebanyak 8 buah mesin Hemodialisis . Masa beroperasi adalah dari hari Isnin hingga Sabtu.

Pada 19 Januari 2015, unit ini telah menerima pesakit yang dipindahkan dari Hospital Beaufort ke Hospital Kuala Penyu seramai 18 orang pesakit yang keseluruhannya adalah penduduk kuala Penyu. Setelah 3 bulan beroperasi kini jumlah pesakit telah pun meningkat seramai 26 orang pesakit.

Fungsi Utama/Skop Perkhidmatan
Unit ini memberikan rawatan hemodialisis kepada pesakit ESRF ( Kegagalan Buah Pinggang akhir ) yang layak mengikut kriteria tertentu. Masa rawatan setiap pesakit adalah 4 jam untuk 3 kali seminggu dan hanya diberikan kepada pesakit yang terdapat di dalam program.

Objektif

1. Untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman terhadap penyakit ginjal kepada Pegawai Perubatan dan Paramedik.
2. Untuk mengurangkan insiden kegagalan ginjal.
3. Untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan jangka hayat pesakit yang menghidapi penyakit ginjal dan kegagalan ginjal.
4. Menyediakan persekitaran yang sesuai, mencukupi dan selesa kepada pesakit, pelanggan dan anggota Unit Hemodialisis.

Misi
Membolehkan para pesakit mendapat dialisis yang cukup agar mereka dapat menjalani kehidupan yang berkualiti, serta mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya penjagaan ginjal.

Visi
Unit Hemodialisis, Hospital Kuala Penyu beriltizam untuk menjadi sebuah unit yang cekap dan berkualiti bagi kepentingan penduduk di daerah Kuala Penyu.

Piagam Pelanggan
1. Setiap pesakit dan pelanggan akan dilayan dengan mesra, cekap dan profesional.
2. Setiap pesakit akan menjalani rawatan hemodialisis sekurang-kurangnya 4 jam setiap kali rawatan kecuali jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
3. Masa menunggu untuk rawatan hemodialisis tidak melebihi 60 minit.

Kewajipan Pelanggan
1. Mematuhi peraturan hospital
2. Bekerjasama kepada warga hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda
3. Bersedia memberi maklumbalas tentang perkhidmatan yang disediakan
4. Menggunakan segala kemudahan dengan bertanggungjawab
5. Mematuhi pelan rawatan yang diberi.

Staff of Unit

NoStaffContact
1Benedict Sererius @ Tunsin
Penolong Pegawai Perubatan Kanan U32
087-853217
2Junaidah Binti Matsin
Jururawat Terlatih U32 (KUP)
087-853100
3Maslina Binti Jakaria
Jururawat Terlatih U32 (KUP)
087-853100
4Alban Mahiluddin
Penolong Pegawai Perubatan U29

-
5Roslizawati Moksin
Jururawat Terlatih U29
087-853100
-
6Ruzlam Lamza
Penolong Pegawai Perubatan U29
087-853216
-
7Fatimah Said
Jururawat Terlatih U29

8Zurinah Binti Ramawi
Jururawat Terlatih U29
087-853100
9Yunus Jurup
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-
10Masdih Mohd Taripin
Pembantu Perawatan Kesihatan U11
087-853100
-

Print article