Kuala Penyu Hospital Medical Social Work Unit

Unit Kerja Sosial Perubatan
Unit Kerja Sosial Perubatan







Objektif Unit
Memberikan perkhidmatan sokongan secara penilaian psikososial dan perkhdimatan kebajikan spesifik krpada para pesakit. Bekerjasama dengan disiplin-disiplin lain yang terdapat di Hospital ini secara pendekatan berkumpulan agar dapat memberikan perkhidmatan secara efisyen dan menyeluruh kepada pesakit di Hospital ini.

Misi Unit
Memberikan sepenuh komitmen kepada tugas demi menjaga keperluan dan kebajikan pesakit dengan peningkatan kemahiran serta semangat kerja berpasukan. Berpandukan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Visi Unit
Memberikan perkhidmatan cemerlang dengan berusaha meningkatkan kemahiran unit untuk memenuhi sebaik mungkin setiap keperluan dan kehendaj pesakit

Piagam Pelanggan
Kami berjanji Setiap pesakit akan diberikan Perkhidmatan Sosial dan Kebajikan mengikut kelayakan dan keperluan mereka dengan segera agar dapat mempercepatkan lagi proses pemulihan dan rawatan mereka berlandaskan prinsip-prinsip berikut; Tanggungjawab kami:
  • Memberi layanan samarata, Adil dan mengikut keutamaan dengan penuh hormat serta mesra.
  • Memberi perkhidmatan secara telus dan professional.
  • Menjaga kehormatan dan kerahsian para pelanggan.

Kewajipan Pelanggan:
  • Memberi maklumat yang benar secara telus dan jujur.
  • Menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan berhemah dan bijaksana.
  • Mematuhi undang-undang polisi dan peraturan kerajaan dari masa ke semasa.

Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan utama yang diberikan:

1.Terapi Sokongan / Kaunseling
  • Kaunseling kepada krisis individu
  • Kaunseling kelamin/keluarga
  • Kaunseling Am
  • Keperluan pemulihan selepas mengalami kecederaan/penyakit selama
  • Discaj Planning
  • Masalah lain yang berkaitan

2.Bantuan Praktik
  • Masalah kewangan
  • Masalah lain-lain yang berkaitan

Staff of Unit

NoStaffContact
1Asmi Bin Etin
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
087-853201

Print article