Kuala Penyu Hospital Medical Record Unit

Unit Rekod dan Maklumat Perubatan HKP
Unit Rekod dan Maklumat Perubatan HKP
Unit Rekod dan Maklumat Perubatan HKP







Pengenalan Unit
Unit Rekod Perubatan dianggotai Penolong Pegawai Rekod, dua Pembantu Rekod Perubatan dan seorang Pembantu Rendah Awam. Puan Jainah Yakup selaku ketua unit bertanggung jawab mentadbir Unit Rekod Perubatan.

Masa Beroperasi
Waktu operasi Unit Rekod Perubatan ialah pada waktu pejabat dari jam lapan hingga lima petang.

Perkhidmatan Kaunter Unit Rekod Perubatan
  • Masa Penghantaran Banci Harian
8.00am Hingga 9.00am (Untuk Pemantauan Rekod Perubatan Pesakit Yang Discaj)
  • Masa Penghantaran Rekod Perubatan Persakit Dalam dan Filem X-Ray
10.00am Hingga 4.00pm (Kecuali Pesakit ada temujanji Di Unit Pesakit Luar pada hari tersebut)

Skop Perkhidmatan
  • Mengendalikan urusan pentadbiran, penyimpanan, pengeluaran, kompilasi(penyusunan/himpunan) dan penyimpanan rekod perubatan pesakit
  • Memproses permohonan dan pengeluaran laporan-laporan
  • Kompilasi laporan-laporan statistik dan operasi sistem perngurusan perawatan perubatan
  • Pelupusan rekod-rekod perubatan bersesuaian dengan peraturan dan garispanduan sedia ada

Objektif Unit
  • Mencapai leboh 90% penyediaan laporan perubatan yang disediakan dalam tempoh dua(2) minggu
  • Mencapai lebih 95% penghantaran rekod perubatan ke Unit Rekod Perubatan dalam tempoh 72jam selepas discaj

Visi Unit
Ke Arah menjadikan pusat maklumat dan dokumentasi yang berkualiti

Misi Unit
Memastikan perkhidmatan menepati kehendak pelanggan

Piagam Pelanggan Unit
Setiap Pelanggan
  • Akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopansantun, jujur dan ikhlas
  • Akan diberi jaminan bahawa rekod perubatan dan segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan, disimpan dengan selamat dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.
  • Boleh mendapatkan laporan perubatan biasa dalam dua minggu selepas pembayaran dibuat mengikut Akta Fee yang ditetapkan. Setiap laporan perubatan yang melibatkan kes Medico-Legal juga boleh diperolehi dalam tempoh 14 hari masa bekerja.

Kewajipan Pelanggan

  • Menyediakan Dokumen yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan laporan perubatan
  • Tiada tunggakan bayaran hospital bagi pesakit dalam

Staff of Unit

NoStaffContact
1Jainah bt Yakup
Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N27
087-853151
2Zahrina Wiridatu bt Ahmad
Pembantu Tadbir N17
087-853100
3Mohd. Hamdi Wahid
Pembantu Tadbir N17

4Anuar Hj. Palah
Pekerja Awam H11

-

Print article