Kuala Penyu Hospital Infection Control Prevention Unit

Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan HKP
Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan HKP
Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan HKP
Unit Kawalan Infeksi







Pengenalan
Unit Pencegahan Kawalan Infeksi Hospital Kuala Penyu merupakan salah satu Unit Hospital yang dibentuk untuk melindungi,memantau dan mencegah perrebakan jangkitan terhadap pesakit serta kakitangan Hospital Kuala Penyu.Mula ditubuhkan pada bulan ogos 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2007. Pada 2012 unit ini mempunyai 1 orang Jururawat U29 yang bertugas dan dipantau oleh seorang Ketua Jururawat (Wad Lain) yang berfungsi sebagai Penyelaras.

Lokasi
Bilik Unit Kawalan Infeksi terletak di Aras 2 bersebelahan dengan Makmal Patologi.

Masa Beroperasi
Unit ini beroperasi dari jam 7.30 pagi - 4.30 petang Isnin hingga Jumaat dan tutup pada hari kelepasan am, Sabtu dan Ahad..

Objektif Unit
Secara amnya mengawal dan mencegah perebakan jangkitan di Hospital.Khususnya meningkatkan perkhidmatan kawalan infeksi kepada semua anggota dan pesakit sekaligus penjimatan kos dalam pengurusan hospital dengan kawalan infeksi yang sempurna.

Visi Unit
Program kawalan dan pencegahan infeksi yang mantap dan dapat melindungi pesakit, anggota kesihatan, pelawat dan individu lain dalam persekitaran serta menjimatkan kos pengurusan Hospital.

Misi Unit
Mewujudkan penglibatan dan penyertaan anggota Hospital dalam mencegah kejadian nosokomial atau merebaknya kes-kes jangkitan serta dalam program pendidikan latihan mengenai pengawalan infeksi.

Fungsi Unit
1. Mengimplimentasikan Standard Procedure & Policies on Infection Control 2nd Edition 2010 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Merangka strategi dalam usaha mengurangkan berlakunya jangkitan (nosokomial).
3. Pemantauan dan pencegahan Infeksi Nosokomial.
4. Meningkatkan kesedaran tentang Infeksi Nosokomial melalui aktiviti pembelajaran dikalangan anggota Hospital dan pesakit.

Skop Perkhidmatan
1. Pemantauan ke Wad & Unit
Membuat lawatan rutin ke wad-wad dan unit-unit dari masa ke semasa bagi memastikan prosedur dalam pengawalan infeksi Hospital diikuti dengan betul dan membuat teguran segera sekiranya diperlukan.

2. mengumpul Data
a. Mengumpul dan merekodkan data-data seperti MRSA,MRO,tempat infeksi, punca infeksi, dan lain-lain yang berkaitan.
b. Menyediakan laporan yang berkaitan dengan lengkap.

3. Environmental Swabbing
a. Membuat ‘environmental swab’ pada wad-wad dan unit-unit khas jika terdapat kes ‘outbreak’ di unit tersebut.
b. Menyediakan laporan lengkap tentang ‘environmental swab’ yang telah dijalankan.
c. Menjalankan ‘environmental swabbing’ulangan jika perlu.
d. Menjalankan ‘environmental swabbing’terhadap peralatan dan persekitaran untuk mengetahui punca infeksi.

4. Pendidikan
a. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan dengan ‘Standard Precaution’ kepada anggota-anggota yang bertugas di wad dan juga di unit-unit yang berkenaan.
b. Memberi khidmat nasihat dalam penjagaan kebersihan persekitaran melalui sesi ceramah atau perbincangan secara terus di tempat-tempat yang terlibat.
c. Membuat teguran-teguran membina secra terus semasa lawatan sekiranya terdapat prosedur yangn tidak diikuti atau bercanggah dalam pengawalan infeksi seperti yang terkandung dalam Polisi Kawalan Infeksi.

5. Mesyuarat
a. Menghadiri mesyuarat komiti Kawalan Infeksi setiap 2 kali setahun.
b. Membentangkan laporan aktiviti Pengawalan Infeksi semasa dalam mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa Kawalan Infeksi dalam Mesyuarat Ketua Unit dan Mesyuarat Kejururawatan
c. Memberi taklimat/berbincang dengan Jururawat penghubung(link nurse) bila-bila perlu.




Staff of Unit

NoStaffContact
1Tay Mui Chen @ Doreen Tay
Jururawat Terlatih U29
087-853164

Print article