Kuala Penyu Hospital Corporate Song

Title : Kami Sedia Membantu

Bangsa Yang Sihat Aset Negara,
Kualiti Hidup Dipelihara,
Berpasukan Berganding Tangan,
Pertingkatkan Taraf Kesihatan.

Secara Profesional, Khidmat Diberi,
Kecemerlangan, Matlamat Kami,
Di Mana Pun Jua, Di Setiap Waktu,
Kami Sedia Membantu.

Kami Penyayang Pada Semua,
Bagi Kami Tiada Beza,
Bertanggungjawab Amalan Kita,
Kesihatan Dan Maruah Dijaga.
Song : Fauzi Marzuki
Lyric : Habsah Hassan


Title : Sihat Sejahtera

Salam Diberi Senyuman Diukir,
Tanpa Membeza Miskin dan Kaya,
Dapat Khidmat Anggota Yang Mahir,
Layanan Mesra Di Mana Sahaja.

Khidmat Cemerlang Penuh Kemesraan,
Sentiasa Prihatin Kehendak Pelanggan,
Berdisiplin Tinggi, Iringi Kesopanan,
Nilai-Nilai Mulia Jadi Pegangan.

Kebajikan Pelanggan Paling Utama,
Kami Hayati Dan Amalkan Bersama,
Kesihatan Abadi Semua Manusia,
Wawasan Kita Untuk Malaysia.

Sihat Sejahtera,
Rakyat Bahagia,
Hidup Sempurna,
Negara Berjaya.

Song : Ahmad Nawab
Lyric : Ismail Merican and Md. Yusoff Mahmud   
Print article