Program Saringan Skoliosis Di Sk. Palu-Palu Kuala Penyu Oleh Unit Rehabilitasi Hkp


Pada 18 Ogos 2017 yang lalu, Unit Rehabilitasi Hospital Kuala Penyu telah menjalankan Program Saringan Skoliosis bagi Pelajar Sekolah Rendah yang bertempat di sekolah Sk. Palu-Palu Kuala Penyu. Program anjuran Unit Rehabilitasi adalah unjuran daripada program yang telah dijalankan pada tahun 2016.

Program ini melibatkan seramai 150 orang murid di sekolah tersebut yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memberikan kesedaran awal kepada guru-guru amnya dan murid-murid khususnya mengenai skoliosis. Seramai 6 orang pelajar didapati positif mempunyai tanda-tanda awal skoliosis dan kini sedang menjalani rawatan terapi di Unit Rehabilitasi HKP.



Pada masa kini terdapat banyak kes-kes skoliosis yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya yang mana boleh dicegah daripada menjadi lebih teruk sekiranya dikesan lebih awal, maka program ini sangat sesuai dijalankan di sekolah rendah bagi mengesan pelajar-pelajar yang berisiko untuk mendapat skoliosis peringkat umur seawal 7 tahun.

Rawatan awal boleh membantu mengurangkan risiko tanda-tanda awal skoliosis sekaligus membantu mencegah daripada bertambah teruk. Program saringan ini akan dilanjutkan ke sekolah-sekolah rendah lain yang terdapat di daerah Kuala Penyu.

Laporan Disediakan Oleh
Md. Rais Ag. Damit
Penyelaras Program Saringan Skoliosis
Unit Rehabilitasi, Hospital Kuala Penyu





Published by wongkahye on 10.09.2017 (85 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: