Pameran Kenali Ubat Anda di SK Sinapokan Menumbok


Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ telah dianjurkan oleh Unit Farmasi sempena sambutan Program Jelajah Kasih Kali ke-11 di SK Sinapokan Menumbok pada 19 Ogos 2017 yang lalu. Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ dijalankan bermula 8 pagi hingga 1 petang dan melibatkan 3 orang staf farmasi (2 Pegawai Farmasi dan 1 Pembantu Perawatan Kesihatan).



Aktiviti yang diadakan termasuk pameran ubat berdaftar dan tidak berdaftar, cara cara menggunakan meditag, contoh ubat herba dan kampung, Kaunseling ubat-ubatan dan sebagainya. Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ telah mendapat sambutan dari orang awam. Terdapat sejumlah 28 pelawat yang telah mengunjungi pameran tersebut. Informasi diberi kepada pesakit secara lisan dan/atau secara bertulis melalui leaflet dan pamphlet.

Laporan disediakan oleh,
TAN CHU PING
Pegawai Farmasi UF41
Unit Farmasi Logistik
Hospital Kuala Penyu





Published by Lio on 28.08.2017 (119 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: