Kursus Perkhidmatan Kaunter Berkualiti HKP Bil 1/2017






Jawatankuasa Budaya Korporat, Hospital Kuala Penyu telah mengadakan Kursus Perkhidmatan Kaunter Berkualiti pada 22 Mei 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat As-Syifa HKP. Penyertaan adalah seramai 35 orang peserta termasuk jawatankuasa dari anggota Hospital Kuala Penyu.

Jawatankuasa Pelaksana terdiri dari:

Penaung : Dr Sabariah Binti Mohamad Sa’ad
Penyelaras : Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (Ketua Pegawai Farmasi)
Urusetia : Jawatankuasa Latihan Budaya Korporat ,Hospital Kuala Penyu
Penceramah : En. Mohd. Hariri Bin Wahab (Perunding Latihan, Kampus INTAN Sabah)

Tajuk ceramah :
1) Pengenalan Dan Konsep Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti
2) Perkhidmatan Kaunter Berkualiti (Pengendalian Telefon)
3) Komunikasi Berkesan Dalam Perkhidmatan Kaunter.

Kumpulan Sasaran :
i) Pegawai Kaunter Pendaftaran
ii) Pegawai Kaunter Pengurusan
iii) Pegawai Kaunter Hasil
iv) Pegawai Kaunter Makmal
v) Pegawai Kaunter Farmasi
vi) Pegawai Kaunter Inspektorat
vii) Petugas Kaunter pesakit Dalam/wad

Objektif Kursus:
1. Meningkatkan pengetahuan berkenaan konsep dan prinsip-prinsip pengurusan perhubungan pelanggan yang melibatkan perkhidmatan kaunter dan telefon yang berkualiti.
2. Membantu peserta menerapkan nilai-nilai unggul sebagai penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Kursus ini mencapai objektif terutamanya kepada penjawat awam barisan hadapan dalam memberi kemahiran dlam meningkatkan keupayaan dan kualiti dalam menjalankan tugas-tugas dalam berhadapan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter.. Semua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan menyarankan kursus seperti ini dijalankan secara berkala setiap tahun serta mengadakan aktiviti berkumpulan.

Laporan disediakan:
Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus
Ketua Pegawai Farmasi Logistik, HKP





Published by Lio on 17.06.2017 (211 reads)
Print article


Other Articles In Random: