Kursus Gaya Hidup Sihat HKP Bil 1/2017





Jawatankuasa Antidadah Hospital Kuala Penyu telah mengadakan Kursus Gaya Hidup Sihat pada 11 Mei 2017 bertempat di Bilik Seminar Utama HKP. Penyertaan adalah seramai 35 orang peserta dari anggota Hospital Kuala Penyu.

Jawatankuasa Pelaksana terdiri dari:

Penaung : Dr Sabariah Binti Mohamad Sa’ad
Wakil Penyelaras : Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (Ketua Pegawai Farmasi)
Urusetia : Jawatankuasa Antidadah,Hospital Kuala Penyu
Penceramah :
1) En. Ng Chai Sing ( Bahagian Narkotik, PDRM Beaufort)
2) En. Yusli Bin Mining ( AADK, Beaufort)
3) En. Hj. Tugiman Bin Kayun (Pengarah Klinik Cure & Care1Malaysia)
4) Dr. Siti Nabilah Binti Abdul Rahim (Pegawai Perubatan UD 41, HKP)
5) En. Ahmad Afiq Bin Rahim. (Pegawai Farmasi,HKP)

Tajuk ceramah :
1) Hidup Bahagia Tanpa Pengaruh Dadah
2) Dadah dan Bahaya Penyalahgunaannya
3) Pengurusan Perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan
4) Amalkan Gaya Hidup Sihat
5) Kenali Ubat Anda

Pameran:
1) Dari AADK
2) Kenali Ubat Anda oleh Farmasi ,HKP

Objektif Kursus:
a. Mempertingkatkan kesedaran bahaya dadah ancaman penggunaan dadah,rokok,alkohol dan sebagainya
b. Membina kekuatan dalaman anggota dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok,alcohol, inhalan dan penyakit HIV/AIDS.
c. Membentuk Gaya Hidup Sihat.

Kursus ini mencapai objektif terutamanya kepada penjawat awam untuk menjalani gaya hidup sihat . Pameran yang dijalankan di Lobi Utama berhampiran Jabatan Pesakit Luar juga dapat memberi informasi terkini kepada kakitangan dan orang awam. Semua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan menyarankan kursus seperti ini dijalankan secara berkala setiap tahun serta melibatkan Khidmat klinik Berhenti Merokok.

Laporan disediakan:
Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus
Ketua Pegawai Farmasi Logistik, HKP





Published by Lio on 15.06.2017 (169 reads)
Print article


Other Articles In Random: