Kursus Kesedaran Denggi HKP 2017


Pada 15 Mei 2017, julung kalinya Unit Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Hospital Kuala Penyu (HKP) telah menganjurkan Kursus Kesedaran Denggi Bil. 1/2017 yang bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu. Kursus ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya ancaman Denggi dewasa ini kepada peserta kursus khasnya dan anggota HKP amnya.




Kursus ini telah dihadiri seramai 38 orang peserta di kalangan anggota Hospital Kuala Penyu dan anggota Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort tidak mengikut gred jawatan. Penceramah pula terdiri daripada seorang Pegawai Perubatan UD 44 HKP dan 2 Orang Pegawai Perubatan UD44 dari Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort iaitu bermula dengan Pengenalan Denggi hingga pencegahannya. Selain itu, ceramah juga disampaikan oleh Pegawai Sanis HKP iaitu Encik Cyril Bin Misong mengenai Penyiasatan dan ujian makmal berkaitan demam denggi. Ceramah tentang Denggi ini bertujuan menambah pengetahuan dan kesedaran kepada peserta kursus tentang Denggi, tanda-tandanya, rawatannya, komplikasinya dan juga cara pencegahan Denggi. Ceramah Kursus Kesedaran Denggi ini juga turut diselitkan tentang Notifikasi dan Penguatkuasaan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran daripada Unit RKPBV/PKDKualaPenyu.


Secara kesimpulannya,kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya dan sekurang-kurangnya semua peserta sedar dan faham tentang Denggi, simptom dan tandanya, notifikasi, penyiasatan, komplikasi, rawatan serta pencegahannya. Kursus ini berakhir dengan jayanya serta mencapai objektif dan berakhir pada pukul 5 pm.


Laporan Disediakan Oleh

Mohamad Fahmi bin Jarai@Jaraie
Penolong Pegawai Perubatan U29
Unit Penolong Pegawai Perubatan (PPP)
Hospital Kuala Penyu.

Galeri Gambar :: Kursus Kesedaran Denggi HKP 2017

Kursus Kesedaran Denggi HKP
Kursus Kesedaran Denggi HKP
Kursus Kesedaran Denggi HKP
Kursus Kesedaran Denggi HKP








Published by wongkahye on 15.05.2017 (342 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: