Kempen Kenali Ubat Anda Mei 2017


Pada 4 Mei 2017 bersamaan hari Khamis yang lalu Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu telah mengadakan Pameran Kenali Ubat Anda sempena Hari Bertemu Pelanggan Hospital Kuala Penyu Tahun 2017. Aktiviti yang diadakan termasuk pameran ubat berdaftar dan tidak berdaftar, cara cara menggunakan meditag, contoh ubat herba dan kampung, Kaunseling ubat-ubatan dan sebagainya.



Selain daripada itu Ceramah tentang Kenali Ubat Anda selama 20 minit juga telah diadakan di pameran tersebut. Tujuan ceramah diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan orang awam mengenai kepentingan penggunaan ubat-ubatan yang betul dan mendedahkan orang awam kepada promosi Kenali Ubat Anda ini. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat dan program bersurai pada jam 1 petang.



Laporan Disediakan Oleh

Jayne Lim Jia Ying
Unit Klinikal & DIC
Pegawai Farmasi UF41
Hospital Kuala Penyu





Published by Lio on 13.05.2017 (365 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: