Kempen Kesedaran Antibiotik HKP 2016


Pada 12 November 2016 (Sabtu) yang lalu, Antimicrbial Stewardship telah dianjurkan oleh Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu di Dewan Muhhibah, Kampung Kerukkan, Kuala Penyu. Anggota dari Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu telah dijemput untuk memberikan ceramah dan mengadakan pameran mengenai kesedaran antibiotik di kalangan masyarakat Kuala Penyu. Berikut adalah objektif – objektif Kempen Kesedaran Antibiotik yang dianjurkan:

  • Untuk Meningkatkan Kualiti & Mutu Perkhidmatan di Hospital Kuala Penyu
  • Memberi Kesedaran kepada pengguna bagi mengurangkan kerintangan antibiotik
  • Bagi Mengelakkan masalah / kesulitan yang bakal timbul pada masa akan datang.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pesakit dalam mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti

Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari Penduduk Kuala Penyu dan program bersurai pada jam 1 petang.

Berikut adalah butiran-butiran Kempen Kesedaran Antibiotik

1) Jumlah peserta yang terlibat : 59 Peserta
2) Anggota Farmasi yang Terlibat : - Pn Hana Fariza Muhammad Yunus
- Cik Menartani Krishna
3) Agenda yang dianjurkan: - Pameran Ubat-Ubatan antibiotik
- Pameran Poster antibiotik
- Edaran Risalah-Risalah berkenaan antibiotik
- Sesi Temu-bual bersama Pelanggan yang mengunjungi kaunter pameran
- Kuiz berkenaan penggunaan Antibiotik
- Penyampaian hadiah bagi pemenang kuiz

Manakala pada 14 November 2016 hingga 18 November 2016 (Jumaat), Pameran Antibiotik diadakan di Hospital Kuala Penyu. Pelanggan yang datang ke Hospital Kuala Penyu turut serta dalam pameran yang disediakan sepanjang minggu ini dan mendapat pengetahuan dan kesedaran mengenai pengunaan dan mengurangkan rintangan antibiotic.

Laporan Disediakan Oleh
Menartani Krishna
Pegawai Farmasi UF41
Hospital Kuala Penyu

Galeri Gambar :: Kempen Kesedaran Antibiotik HKP 2016

Kempen Kesedaran Antibiotik HKP 2016
Kempen Kesedaran Antibiotik HKP 2016
Kempen Kesedaran Antibiotik HKP 2016
Kempen Kesedaran Antibiotik HKP 2016
Kempen Kesedaran Antibiotik HKP 2016
Kempen Kesedaran Antibiotik HKP 2016
Kempen Kesedaran Antibiotik HKP 2016
Kempen Kesedaran Antibiotik HKP 2016








Published by Lio on 21.11.2016 (895 reads)

Tags: antibiotik  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: