Piagam Pelanggan dan Ikrar Hospital Kuala Penyu

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti

1. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:
  • Semua kes Kritikal (Zon merah) dirawat dengan serta merta
  • Semua Kes Separa Kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit
  • Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dirawat dalam masa 90 minit

2. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya

3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan

4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.

5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan



Ikrar

Bahawa kami, anggota
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Dengan Penuh Kesedaran dan rela hati ,
Berikrar akan:

Mengukuhkan Komitmen Kami
Kepada Tugas dan Tanggungjawab
Yang diamanahkan

Berusaha untuk meningkatkan
Kemahiran dan Kepakaran
Yang diperlukan oleh Profesion Kami.

Sentiasa mengutamakan
Semangat Kerja Berpasukan.
Bertekad dan Berusaha
Untuk melaksanakan janji-janji kami
Dalam Piagam Pelanggan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berusaha untuk mengadakan
Inovasi yang berterusan
Demi untuk Meningkatkan
Kualiti dan Produktiviti kami.

Berpegang teguh kepada ajaran agama dan
Mengamalkan Nilai-nilai dan etika perkhidmatan Awam, serta
Patuh kepada peraturan-peraturan kerajaan
Print article