Perutusan Pengarah Hospital Kuala Penyu



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Hospital Kuala Penyu. Laman web ini adalah merupakan satu lagi usaha Hospital Kuala Penyu dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disediakan khususnya dari segi penyebaran maklumat-maklumat seperti profil, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Penyu. Adalah menjadi harapan kami agar portal ini dapat dijadikan sebagai medium perutusan maklumat, perkongsian idea dan pendapat serta menyalurkan maklumat berguna yang diperlukan oleh pelanggan.

Kami juga mengalu-alukan pandangan dan komen anda bagi membantu kami dalam usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami yang disediakan kepada semua pelanggan.

Saya juga menyeru kepada anggota Hospital Kuala Penyu agar menerapkan slogan ‘Prihatin, Berkualiti, Profesionalisma’ dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam memberikan layanan kepada pelanggan agar dapat memenuhi ekspektasi pelangan terhadap Hospital Kuala Penyu.

Akhir kata saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan penting dalam pembinaan Laman Web Rasmi Hospital Kuala Penyu ini. Diharapkan usaha-usaha pengemaskinian maklumat perkhidmatan senantiasa dilakukan oleh setiap unit di Hospital Kuala Penyu ini.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Hospital Kuala Penyu.

Dr Sabariah Mohamad Sa'ad
Pengarah Hospital Kuala Penyu
Sabah
Print article