Pengenalan Hospital Kuala Penyu

Tanda Nama Bangunan
Jalan Masuk Utama
Bangunan Utama
Bangunan Utama
Bangunan Hospital dan Kuarters Anggota
Sekitar..







Hospital Kuala Penyu merupakan sebuah hospital kerajaan Malaysia yang terletak di daerah Kuala Penyu, Sabah. Ia merupakan Hospital Bukan Pakar yang menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar.

Hospital Kuala Penyu mula dibina pada 03hb Julai 2001 di kawasan seluas 30.19 ekar yang melibatkan kos pembinaan bernilai RM76 juta. Ia merupakan salah satu projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-7. Ia siap dibina pada 30hb Mei 2005 dan mula beroperasi pada 28 Februari 2006

Hospital Kuala Penyu sebenarnya mampu memuatkan sebanyak 72 katil, namun pada masa kini hanya 48 katil disediakan. Dilengkapi dengan peralatan hospital yang terkini. Kompleks hospital terdiri dari :

Kompleks Perubatan
Bangunan Kuarters (44 Unit)
Asrama Jururawat (21 Unit)
Gelanggang Sukan
Helipad
Tempat letak kenderaan

Selain itu, untuk memberi keselesaan kepada orang ramai, kemudahan awam turut disediakan di Hospital Kuala Penyu seperti:

Mesin ATM
Surau
Taman Terapeutik
Kantin

Senarai-senarai perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Penyu adalah seperti berikut:

Bahagian Klinikal
Unit Kecemasan
Jabatan Pesakit Luar
Dewan Bersalin
Wad Lelaki
Wad Perempuan
Wad Kanak-kanak
Dewan Bedah
Unit Hemodialisis

Bahagian Sokongan Klinikal
Unit Farmasi
Unit Kejururawatan
Unit Patologi dan Tabung Darah
Unit Pengimejan Diagnostik (X-Ray)
Unit Bekalan Steril
Unit Kawalan Infeksi
Unit Rekod Perubatan
Unit Rehabilitasi
Unit Kerja Sosial Perubatan
Unit Sajian

Bahagian Pengurusan
Unit Perkhidmatan
Unit Kualiti
Unit Kewangan
Unit Kejuruteraan Operasi
Unit Teknologi Maklumat
Print article