Bilakah masa melawat ?
Masa melawat adalah seperti berikut:
Isnin – Khamis

12:30pm - 2.00pm

4:30pm - 7:30pm

Jumaat

11.30am - 2.00pm

4.30pm - 7.30pm

Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am

12:30pm - 7:30pm


Ada terdapat kantin di Hospital Kuala Penyu ?
Ya, kantin beroperasi setiap Isnin-Sabtu dari 7.00am sehingga jam 9.00pm
Berapakah kadar bayaran yang dikenakan oleh Hospital?
Kadar bayaran adalah mengikut kadar yang telah ditentukan oleh Kerajaan Malaysia. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.
Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital
Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya / di tempat kerja / domestik) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk pengecualian bayaran ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, Surat Sekolah, Surat Pengesahan (GL)
Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?
Bagi semua kes penyakit berjangkit ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
Adakah Hospital Kuala Penyu merupakan hospital Kerajaan?
Terdapat berapa jumlah katil di Hospital Kuala Penyu?
Hospital ini boleh memuatkan sebanyak 72 katil tapi pada masa kini hanya 48 katil disediakan
Kembali ke senarai soalan