Bengkel Root Cause Analysia (RCA) HKP 2013


Pada 3 Julai 2013 yang lalu, satu Bengkel bertajuk Root Cause Analysia (RCA) telah diadakan di Hospital Kuala Penyu (HKP). 40 orang peserta terdiri daripada anggota klinikal dan pengurusan HKP telah menghadiri kursus tersebut yang dijalankan dari pukul 8.00pm sehingga 4.30pm. Penceramah yang terlibat adalah Matron Faridah Othman dan Jururawat Terlatih Suzimawati Jamali dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan bagaimana sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan mencari punca utama dan bukan mencarikan kesalahan atau menuding jari kepada sesiapa.


Beberapa kerja kumpulan telah diberikan yang memberi manfaat kepada semua peserta untuk diguna pakai dalam semua aspek masalah yang dihadapi di unit masing-masing. Pengetahuan yang didapati dari bengkel ini meningkatkan kualiti kerja disamping mengurangkan risiko aduan atau kemalangan terhadap pesakit dan anggota sendiri.

Secara kesimpulannya hampir 85% peserta memahami apa itu RCA di penghujung bengkel. Bengkel diakhiri dengan jamuan ringan dan penyampaian cenderakenangan kepada penceramah oleh Pengarah HKP Dr Esmar Bin Abdul Hamid.

Laporan Disediakan Oleh
Winnie Yap @ Veronika
Jururawat Terlatih U29





Published by Lio on 04.07.2013 (1515 reads)

Tags: bengkel  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: