Kursus Kefahaman Kawalan Infeksi Bil 1/2013


Pada 9 April 2013 yang lalu, Kursus Kefahaman Kawalan Infeksi Bil 1/2013 telah diadakan bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu. Kursus ini merupakan anjuran Unit Kawalan Infeksi Hospital Kuala Penyu

Seramai 19 peserta yang terdiri dari Jururawat U29, Jururawat Masyarakat U19, Pembantu Perawatan Kesihatan PPK U3, Pegawai Farmasi U41 dan Penolong Pegawai Perubatan U29 telah mengikut kursus ini bermula dari jam 8.00 pagi -5.00 petang dengan disertakan minum pagi dan makan tengah hari.



Di mana sasaran peserta adalah anggota yang baru berkhidmat atau berpindah ke hospital ini dan juga yang belum pernah menyertai Kursus Kawalan Infeksi sebelum ini. Kursus ini telah menjemput seramai 8 penceramah termasuk 2 orang dari Unit Kawalan Infeksi sendiri. Pre-Test dan Post-test telah diberikan untuk menguji tahap pengetahuan sebelum dan selepas kursus bagi menilai tahap kefahaman dikalangan anggota. Markah kelulusan ialah 44% dari 50%.

Pihak penganjur amat berpuashati dengan prestasi peserta pada kali ini di mana terdapat 2 orang peserta yang lulus dengan markah 48 & 46 pada pre-test di mana sebelum ini sukar untuk mendapat peserta yang lulus dalam pre-test


Seramai 8 orang mencapai 44 dan ke atas pada post test. Walaupun ada 11 orang di bawah tahap 44 namun keseluruhannya menunjukkan peningkatan sebelum kursus. Ini bermakna keadaan bilik yang tidak sesak dengan keadaan bilik penghawa dingin yang kurang memuaskan peserta masih dapat menumpukan perhatian.

Selain dari Ceramah Standard Precaution, Additional Precaution, Enviromental Hygiene, Terminal Cleaning, Polisi & Prosedur Kawalan Infeksi dalam Makmal, Antimicrobial Resistance, Needle Stick Injury Management, fungsi dan peranan JKKP serta akta OSH dan Antibiotik for MRSA & ESBL terdapat beberapa aktiviti brain storming dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama disamping menarik perhatian.

Sijil penghargaan dan cenderahati akan diberikan kepada peserta dan penceramah dalam masa terdekat. Ini adalah sebagai tanda penghargaan dan motivasi agar peserta yang terlibat dapat menjadi jentera penyampai maklumat terkini tentang kawalan infeksi selain berkongsi ilmu yang diperolehi semasa menghadiri kursus. Kursus kefahaman kawalan infeksi bil 2/2013 bakal diadakan dengan pendekatan yang berbeza.

Galeri Gambar Kursus Kefahaman Kawalan Infeksi Bil 1/2013

Setinggi-tinggi pernghargaan juga kepada penceramah Dr. Jacqueline Siap, Pegawai Farmasi Puan Hana Fariza Bt Muhammad Yunus, Pegawai Sains En. Fadzlyasraf Bin Shaari, Sn. Jonita Alai, Sn. Vanessa Cladius, Sn. Fatimah Said dan PPP Roslie Miasin.

Tidak Lupa juga terima kasih pada KJ Maria C. Wong yang telah menyediakan makanan dan Cik Jabidah serta pihak faber yang telah memberikan kerjasama dalam membersihkan bilik seminar tersebut.

Selain dari itu penghargaan yang tak terhingga kepada JM Christina yang telah banyak membantu dalam menyediakan LCD.

Laporan Disediakan
JT Winnie Yap @ Veronika
Penganjur & Urusetia Kursus.





Published by Lio on 10.04.2013 (3527 reads)

Tags: Infeksi  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: