Kem Kesihatan Perubatan Pusat Informasi Rumbia Kuala Penyu


Pada 12 Disember 2012 yang lalu, telah berlangsungnya Kem Kesihatan Perubatan di Pusat Informasi Rumbia, Kuala Penyu.

Kempen ini merupakan anjuran bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu dan Hospital, Pejabat Kesihatan, Klinik Ibu dan Anak serta Klinik Pergigian Daerah Kuala Penyu. Majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan telah dirasmikan Oleh Y.B. John Teo Mau Sing, ADUN N26 Kuala Penyu.

 

Antara program yang telah dilaksana adalah seperti:
  • Sesi Ceramah Kesihatan
  • Pemeriksaan Dan Saringan Penyakit tidak Berjangkit
  • Pameran Kesihatan
  • Pemeriksaan Pergigian
  • Pemeriksaan Pap Smear
  • Program Derma Darah
  • Saringan Penyakit Thalasemia
  • Pameran Ubat-Ubatan
  • Cabutan untuk pengunjung bertuah dan sebagainya

Antara objektif utama penganjuran kempen ini adalah untuk mempertingkatkan taraf pengetahuan kesihatan di kalangan masyarakat serta menyaring tahap kesihatan untuk memulakan pencegahan awal serta rawatan awal.

Kempen diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar beramai-ramai. Majlis berakhir kira-kira jam 1.00 petang.

Galeri Gambar Kem Kesihatan Perubatan Pusat Informasi Rumbia Kuala Penyu





Published by Lio on 12.12.2012 (2222 reads)

Tags: kesihatan   kem  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: