Majlis Hari Raya Aidilfitri 2012 Hospital Kuala Penyu


Pada 11 September 2012 bertempat di Ruang Legar Jabatan Pesakit Luar, Hospital Kuala Penyu, satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hospital Kuala Penyu telah diadakan. Acara ini telah dirasmikan oleh YB John Teo Mau Sing ADUN N26 Daerah Kuala Penyu.


Antara yang hadir adalah Encik Isnin Hj Aliasnih, Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu, Encik Dirih @ Sebastian Anjim beserta Pengarah Hospital Kuala Penyu Dr. Esmar Bin Hj. Abdul Hamid.

Galeri Gambar Majlis Hari Raya Aidilfitri 2012 Hospital Kuala Penyu

Sementara itu, selain daripada anggota Hospital Kuala Penyu sendiri, wakil-wakil dari Pejabat Kesihatan serta Klinik Kesihatan, Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Antara program yang dijalankan selain dari jamuan makan adalah seperti :
  • Penyampaian sijil dan hadiah Pertandingan Keceriaan Merdeka Raya unit-unit Hospital Kuala Penyu yang dimenangi Unit Pengurusan
  • Persembahan nasyid dan pesembahan lagu raya
  • Pemberian duit raya kepada kanak-kanak sumbangan Pengarah Hospital Kuala Penyu,
  • Pemotongan kek
  • Acara bergambar

Majlis bersurai pada kira-kira jam 1.30 petang.





Published by Lio on 13.09.2012 (1869 reads)

Tags: hari   raya  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: