Gotong Royong Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu


Pada 13 Jun 2012 yang lalu, satu Program Gotong Royong bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan anggota Hospital Kuala Penyu telah diadakan. Antara yang hadir adalah tiga wakil dari Ahli Lembaga Pelawat Hospital iaitu Encik Ng Kong Yong, Encik David Etin dan Encik Peter@Tseu Yin Khee. Selain itu, Pengarah Hospital, Dr Esmar Bin Abdul Hamid serta anggota Hospital yang lain turut hadir bagi menjayakan program gotong royong ini.


Beberapa pohon pokok seperti pokok langsat, mangga dan durian telah ditanam dikawasan belakang bukit dan kawasan Kuarters Hospital Kuala Penyu.


Gotong royong ini diadakan bertujuan untuk menanam tanaman untuk menceriakan kawasan Hospital Kuala Penyu. Disamping itu, ia bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah dan mengeratkan silaturahim diantara Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan anggota Hospital Kuala Penyu.

Album Gambar Gotong Royong Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu





Published by Lio on 14.06.2012 (2994 reads)

Tags: royong   gotong  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: