E-Aduan Sihat : Saluran Aduan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah


Pada 2 Mac 2012 yang lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah melancarkan satu saluran aduan orang awam secara online iaitu yang dinamakan sebagai e-Aduan Sihat. Pelancaran ini telah dilakukan oleh YB Datuk Edward Khoo Keok Hai, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.

Pewujudan saluran aduan online jabatan ini adalah antaranya bertujuan supaya orang awam boleh menyalurkan aduan kepada jabatan secara lebih privasi dan terus. Seterusnya mengelakkan mereka untuk menyalurkan aduan tersebut kepada saluran lain seperti suratkhabar, blog terbuka dan sebagainya.


e-Aduan Sihat ini merangkumi tiga saluran iaitu melalui Aduan Melalui Borang Web, Email serta melalui SMS. Berikut adalah alamat bagi e-Aduan Sihat Jabatan:-

a. Aduan Melalui Borang Web : Aduan Secara Online
b. Aduan melalui email : aduanjknsbh@moh.gov.my
c. Aduan Melalui SMS : SMS ke 088-259925

Untuk maklumat lanjut, sila lawat Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.





Published by Lio on 09.03.2012 (3441 reads)

Tags: aduan  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: