Kempen Go Green: Bumi Hijau - Tanpa Beg Plastik


Pada 22 Februari 2012 yang lalu, pihak Farmasi Hospital Kuala Penyu telah mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Go Green - Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik bertempat di Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Penyu sempena pelancaran kempen Go Green Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada hari yang sama di Kota Kinabalu.


Perasmian tersebut telah disempurnakan Pengerusi Ahli Lemabaga Pelawat Hospital Kuala Penyu, Encik Sebastian Anjim dengan disaksikan wakil Pengarah, Dr Mohamad Sobri Bin Mohamad Saupi bersama Unit Farmasi, Ketua-Ketua Unit, anggota Hospital dan orang ramai.

Tujuan kempen adalah bagi menghapuskan penggunaan beg plastik di Farmasi Hospital Kuala Penyu dan seterusnya membantu ke arah bumi yang lebih hijau. Dalam majlis tersebut, pemberian beg Go Green Khas telah diberikan kepada orang ramai untuk digunakan semasa mengambil ubat di Farmasi Hospital Kuala Penyu.


Jamuan Ringan telah diadakan untuk menutupi Majlis Pelancaran yang ringkas dan meriah itu.





Published by Lio on 25.02.2012 (4844 reads)

Tags: hijau  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: