Majlis Hari Bertemu Pelanggan HKP - 15 Nov 2011


Pada 15 November yang lalu, Hari Bertemu Pelanggan Hospital Kuala Penyu telah diadakan. Perasmian majlis telah dilakukan oleh Encik Dirih @ Sebastian Anjim selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kuala Penyu.


Selepas Perasmian dilakukan Encik Dirih telah diiringi Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr Esmar Bin Abdul Hamid untuk melawat kaunter-kaunter perkhidmatan yang telah disediakan. Antara kaunter-kaunter perkhidmatan yang telah dibuka adalah daripada unit-unit Hospital Kuala Penyu, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak serta Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Penyu.

Disamping itu, aktiviti lain yang telah diadakan adalah seperti ceramah kesihatan, Program Kenali Ubat Anda, cabutan bertuah dan sebagainya.


Hari Bertemu Pelanggan ini telah diadakan untuk memberi peluang kepada orang awam, khususnya memberi maklumbalas mengenai mutu perkhidmatan pihak Hospital serta Klinik yang diperolehi semasa mereka mendapat rawatan atau berurusan dan sebagainya. Disamping itu, orang awam juga boleh mendapat penerangan mengenai peranan, fungsi serta perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Penyu

Majlis Hari Bertemu Pelanggan yang telah diadakan buat kali kedua ini telah diakhiri dengan jamuan ringan.





Published by Lio on 04.11.2011 (1860 reads)

Tags: pelanggan  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: