HKP berjaya mendapat status akreditasi MSQH - 3 tahun


Sukacita dimaklumkan , Hospital Kuala Penyu telah berjaya mendapat status akreditasi selama 3 Tahun bermula dari 24 Jun 2011 sehingga 23 Jun 2014 dari Malaysian Society Quality For Health (MSQH). Berita ini telah dimaklumkan secara rasminya kepada Hospital oleh pihak MSQH melalui surat bertarikh 14 Oktober. Penilaian untuk pengiktirafan akreditasi, ini telah dibuat pada 21 sehingga 23 Jun 2011 yang lalu. Ini merupakan penilaian akreditasi untuk kali pertama  bagi Hospital Kuala Penyu bagi pensijilan akreditasi. Tahniah diucapkan kepada semua warga kerja Hospital Kuala Penyu !!!




Akreditasi adalah merupakan satu proses penilaian taraf perkhidmatan kesihatan dengan piawai kualiti yang telah ditetapkan. Akreditasi bukanlah sekadar proses untuk mendapat pengiktirafan   namun ia menjurus untuk membantu sesebuah hospital itu  untuk menyediakan perkhidmatan jagaan yang terbaik kepada pesakit iaitu mendapat hasil yang optima dengan menggunakan sumber yang ada. Selain itu ia juga membantu untuk menyediakan  perkhidmatan & persekitaran yang selamat, kepatuhan kepada etika professional, pengurusan & rawatan yang sesuai, perkhidmatan value for money dan juga sebagai langkah proaktif organisasi bagi memenuhi kehendak pelanggan.






Published by Lio on 14.10.2011 (3599 reads)

Tags: akreditasi  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: