Laman Web HKP Johan Penilaian Laman Web Peringkat PTJ JKN Sabah Tahun 2011


Sukacita dimaklumkan Portal Hospital Kuala Penyu telah berjaya menjadi Johan dalam Penilaian Portal Laman Web Peringkat PTJ Jabatan Kesihatan Negeri Sabah tahun 2011. Penilaian ini dibuat meliputi semua PTJ JKN Sabah yang mempunyai laman web iaitu termasuk Hospital dan Pejabat Kesihatan Kawasan.


Laman Web HKP Tahun 2011

Penyampaian hadiah telah dibuat pada Malam Sambutan Hari Inovasi dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta Penghargaan Kepada Pesara Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Tahun 2011 yang diadakan di Grand Ballroom 1Borneo, Kota Kinabalu pada 29 Julai yang lalu. Hospital Kuala Penyu telah menerima hadiah berupa Trofi dan Sijil Penghargaan yang disampaikan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Mohd Yusof Bin Hj Ibrahim.

Tahniah kepada seluruh Warga Hospital Kuala Penyu !!!

Pencapaian Laman Web HKP





Published by Lio on 30.07.2011 (2129 reads)

Tags: laman   web  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: