Penyerahan Sumbangan Kerusi Roda Kepada HKP Oleh Majlis Tindakan Pejabat Daerah Kuala Penyu


Pada 28 Julai 2011 bersamaan dengan hari Khamis, Hospital Kuala Penyu telah menerima sumbangan 4 buah kerusi roda dari Majlis Tindakan Pejabat Daerah Kuala Penyu.


En. Marcellinus Piong, Pemimpin Kemajuan Rakyat Daerah Kuala Penyu yang mewakili Pejabat Daerah Kuala Penyu telah menyerahkan sumbangan kerusi roda tersebut kepada Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr Esmar Bin Abdul Hamid dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh ketua-ketua unit dan anggota Hospital Kuala Penyu.

Dalam ucapan aluannya, Dr Esmar mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan tersebut dan berharap kerjasama antara Hospital dan Pejabat Daerah akan berterusan pada masa akan datang.

Turut hadir, Encik Chew Bee Ching wakil dari Jabatan Pengaliran dan Saliran Kuala Penyu dan Encik Teo Guan Noi dari Pejabat Pemimpin Kemajuan Rakyat Kuala Penyu.





Published by Lio on 28.07.2011 (1353 reads)

Tags: sumbangan  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: