Lawatan Kerja Pengarah Jabatan Kesihatan, Negeri Sembilan ke Hospital Kuala Penyu


Pada 5 Jun 2011 bersamaan dengan hari Ahad yang lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Hajjah Zailan Binti Dato’ Haji Adnan berserta dengan rombongan telah membuat lawatan kerja ke Hospital Kuala Penyu.


Hospital Kuala Penyu merupakan salah satu hospital yang dilawat di Sabah oleh rombongan tersebut. Objektif utama lawatan kerja tersebut adalah untuk menimba pengetahuan berkaitan projek-projek pembangunan di Sabah oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bagi mengambil dan berkongsi idea serta mengambil iktibar untuk projek-projek yang dirancang oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan bagi Rancangan Malaysia 10, 3rd Rolling Plan, di Negeri Sembilan. Hospital Kuala Penyu menjadi salah satu destinasi lawatan kerja di Sabah disebabkan Hospital Kuala Penyu yang mempunyai persamaan dengan hospital baru yang bakal dibina di Negeri Sembilan iaitu Hospital Rembau.

Diketuai Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr Esmar Abdul Hamid, rombongan lawatan dari Negeri Sembilan itu telah diberi taklimat mengenai Hospital Kuala Penyu dan seterusnya dibawa melawat sekitar kompleks Hospital Kuala Penyu termasuk di unit-unit seperti Wad Perempuan dan Kanak-Kanak, Unit Sajian, Dewan Bedah dan persekitaran Taman Terapeutik Hospital Kuala Penyu.



Rombongan mengakhiri lawatan dengan sesi makan tengah hari serta fotografi bersama Pengarah dan Ketua-Ketua Unit Hospital Kuala Penyu dan seterusnya bertolak ke Kota Kinabalu pada jam 1.45 petang.

Kehadiran :
Jabatan Kesihatan Negeri , Negeri Sembilan :

• Pengarah : Dato’ Dr Hajjah Zailan Dato. Haji Adnan
• Timbalan Pengarah (Pengurusan) : Encik Nanthakumaran A/L Manicum,
• Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) : Dr. Zainudin Mohd Ali
• Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Kesihatan Keluarga) : Dr Suriyati Abd Aziz
• Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) : Tuan Haji Uttaman Bin Abdullah
• Penolong Pengarah (Pembangunan) : Cik Nur Azza Binti Abdul Aziz
• Penolong Pegawai Tadbir (Pembangunan) : En. Roslan Bin Bidin

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah :

• Ketua Penolong Pengarah (Perubatan): Dr Tan Bee Hwai

Hospital Kuala Penyu Sabah :

• Pengarah Hospital Kuala Penyu: Dr Esmar Haji Abdul Hamid
• Ketua-Ketua Unit Hospital Kuala Penyu
• AJK-AJK Lawatan Kerja

Laporan disediakan oleh:

Puan Chindara Puleh Jinti
Penolong Pegawai Tadbir
Hospital Kuala Penyu





Published by Lio on 06.06.2011 (5723 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: