SMS & Ambil Ubat : Cepat dan Mudah


Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu ada menyediakan perkhidmatan SMS & Ambil Ubat bagi menjimatkan masa dengan mengurangkan masa menunggu. Ia adalah mudah kerana anda hanya perlu hantar SMS atau telefon dan memberikan maklumat ringkas dan seterusnya mengambil ubat.


Syarat-syarat SMS & Ambil Ubat
  • Anda telah mendaftarkan diri sebagai pengguna “SMS & Ambil”
  • Membuat pesanan SMS selewat-lewatnya 2 hari waktu bekerja sebelum tarikh ubat hendak diambil.
  • Terhad kepada pesakit yang mengambil ubat ulangan sahaja seperti ubat tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
  • Maklumat yang diberi mestilah tepat.

Cara menggunakan perkhidmatan SMS & AMBIL UBAT
1. Daftarkan diri sebagai pengguna perkhidmatan “SMS & AMBIL” di kaunter Farmasi Hospital Kuala Penyu
2. Membuat pesanan SMS selewat-lewatnya 2 hari waktu bekerja sebelum tarikh hendak mengambil ubat.
3. Cara SMS

Nama penuh < jarak > No. Kad Pengenalan < jarak > Tarikh Preskripsi < jarak > Tarikh Ubat Hendak Diambil

Contoh:


dan hantarkan SMS tersebut ke

010-7999082


Pada tarikh pengambilan ubat, sila bawa bersama preskripsi asal.

Waktu Pengambilan Ubat “SMS & Ambil”
Hari Masa Beroperasi
Isnin – Khamis 8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat 8.00 pagi – 11.30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang
Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am Tutup

Sila pastikan
  • Anda telah mendaftarkan diri sebagai pengguna “SMS & Ambil”
  • SMS dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh ubat hendak diambil.
  • Pastikan Nama, No. Kad Pengenalan, Tarikh Preskripsi dan Tarikh Ubat hendak diambil adalah tepat.
  • Pastikan anda membawa Preskripsi asal apabila mengambil ubat di kaunter farmasi.
  • Bekalan ubat diambil pada tarikh yang dijanjikan. Sekiranya ubat tidak diambil pada hari yang dijanjikan sila sms tarikh baru untuk mengambil ubat. Tarikh yang dipilih untuk mengambil ubat hendaklah pada hari bekerja biasa


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu ditalian 087853134





Published by Lio on 02.05.2010 (2182 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: