Laman Web HKP tempat ke-3 dalam Inovasi Laman Web KKM Tahun 2010


Sukacita dimaklumkan Laman Hospital Kuala Penyu telah berjaya mendapat tempat ke-3 dari 289 laman web agensi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah dinilai dalam Inovasi Laman Web sempena sambutan Hari Inovasi KKM Tahun 2010.

Penyampaian hadiah telah dibuat pada 10 Nov 2010 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Hospital Kuala Penyu telah menerima hadiah berupa Trofi, Sijil Penghargaan dan wang tunai RM1200 yang disampaikan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tahniah kepada seluruh Warga Hospital Kuala Penyu !!!

Berikut merupakan mesej daripada Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr Esmar Abdul Hamid atas kemenangan tersebut.

"Tahniah Kepada semua warga kerja Hospital Kuala Penyu terutamanya kakitangan unit ICT yang diketuai oleh Lio kerana telah berjaya mengharumkan nama JKNS dan nama Hospital Kuala Penyu di peringkat KKM. Kita telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori inovasi Web Site. Tahniah kepada semua warga kerja Hospital Kuala Penyu. Tahniah!

Diharapkan selepas ini semua warga kerja hospital lebih bersemangat dalam menjalankan tugas. Diharapkan juga semua kakitangan dapat memberi maklumbalas atau cadangan kepada unit ICT supaya Portal kita ini akan menjadi contoh kepada hospital hospital lain.

Jangan lupa juga untuk memberi idea atau cadangan kepada unit masing masing untuk penambahbaikan yang amat perlu untuk kesejahteraan pelanggan dan juga untuk diri kita di hospital ini.

Terima Kasih Semua."


Laporan keseluruhan mengenai penilaian ini boleh dimuat turun di sini

Pencapaian Laman Web HKP





Published by Lio on 10.11.2010 (1711 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: