Lawatan Inspektorat Keselamatan KDN ke HKP


Pada 14 Disember 2017 yang lalu, Hospital Kuala Penyu telah menerima Lawatan Inspektorat Keselamatan dari wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN). Lawatan tersebut melibatkan 3 orang pegawai daripada KDN yang diketuai oleh Encik Muhamad Naqluddin Bin Mohd Kassim, Mohd Nazrul Bin Karim dan Morsidi bin Moktar.

Resized Image


Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memastikan segala cadangan di dalam laporan Inspektorat pematuhan keselamatan perlindungan yag terdahulu telah diambil tindakan oleh Hospital Kuala Penyu.

Pada keseluruhannya semasa lawatan tersebut, Pegawai KDN berpuas hati dengan prestasi keselamatan perlindungan di Hospital Kuala Penyu. Hospital Kuala Penyu akan terus berusaha menambahbaik aspek keselamatan demi kesejahteraan pelanggan dan anggota Hospital.

Laporan Disediakan Oleh
Jeslee Bin Ekon @ Hikun
Pegawai Keselamatan Jabatan,
Hospital Kuala penyu.





Published by Lio on 20.12.2017 (184 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak:






Antara Artikel Baru Dalam Kategori Ini: