Kempen Kenali Ubat Anda di Pesta Rumbia Kuala Penyu 2017


Resized Image

Pada 16-17 2017 Disember yang lalu, Pameran dan ceramah ‘Kenali Ubat Anda’ telah dianjurkan oleh Unit Farmasi sempena sambutan Pesta Rumbia Kuala Penyu bertempat di Dewan Syahbandar Kuala Penyu. Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ dijalankan bermula 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari dan melibatkan 6 orang staf farmasi (2 Pegawai Farmasi, 3 Penolong Pegawai Farmasi dan 1 orang Pembantu Operasi).

Resized Image

Aktiviti yang diadakan termasuk pameran ubat berdaftar dan tidak berdaftar, jenis-jenis dosej ubat, cara cara menggunakan meditag, contoh ubat herba dan kampung, Kaunseling ubat-ubatan dan sebagainya. Ceramah “Kenali Ubat Anda” juga disampaikan oleh Pegawai Farmasi. Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ telah mendapat sambutan dari orang awam Kuala Penyu. Terdapat sejumlah 57 pelawat yang telah mengunjungi pameran tersebut. Informasi diberi kepada pesakit secara lisan dan/atau secara bertulis melalui leaflet dan pamphlet.


Laporan Disediakan Oleh

TAN CHU PING
Pegawai Farmasi UF41
Unit Farmasi Logistik
Hospital Kuala Penyu





Published by Lio on 19.12.2017 (117 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak:






Antara Artikel Baru Dalam Kategori Ini: