Kempen Kenali Ubat Anda di SK Menumpang 2017


Pameran dan ceramah ‘Kenali Ubat Anda’ telah dianjurkan oleh Unit Farmasi sempena sambutan Hari Pendidikan Pencegahan Dadah Program Iman SK Menumpang pada 31 Oktober yang lalu. Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ dijalankan bermula 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan melibatkan 2 orang staf farmasi (1 Pegawai Farmasi dan 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan).



Aktiviti yang diadakan termasuk pameran ubat berdaftar dan tidak berdaftar, jenis-jenis dosej ubat, cara cara menggunakan meditag, contoh ubat herba dan kampung, Kaunseling ubat-ubatan dan sebagainya. Ceramah “Kenali Ubat Anda” juga disampaikan oleh Pegawai Farmasi pada hari itu. Pameran ‘Kenali Ubat Anda’ telah mendapat sambutan dari murid-murid dan staf SK Menumpang. Terdapat sejumlah 55 pelawat yang telah mengunjungi pameran tersebut. Informasi diberi kepada pesakit secara lisan dan/atau secara bertulis melalui leaflet dan pamphlet.

Laporan disediakan oleh,
TAN CHU PING
Pegawai Farmasi UF41
Unit Farmasi Logistik
Hospital Kuala Penyu





Published by Lio on 01.11.2017 (55 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: