Program Budaya Korporat HKP di SK Sinopokan Menumbok 2017


Jawatankuasa Budaya Korporat, Hospital Kuala Penyu telah mengadakan lawatan dan menyertai aktiviti bersama masyarakat pada 16 Ogos 2017 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sinopokan, Menumbok, Sabah.

Program Jelajah Kasih kali ke- 11 merupakan program masyarakat setempat yang melibatkan agensi-agensi kerajaan dalam pameran dan ceramah termasuk pihak Hospital Kuala Penyu yang menyediakan Pameran Kenali Ubat Anda (Unit Farmasi), Kaunter Klinik Pergigian, Pameran Pain Free, Kaunter Organ Donation, Kaunter NCD dan Kaunter Derma Darah. Antara Agensi lain yang terlibat adalah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Polis, Jabatan Kebajikan, Agensi Anti Dadah kebangsaan, Bas Bergerak LPPKN dan banyak lagi.
Jawatankuasa terlibat terdiri dari:

Penyelaras Budaya Korporat :
Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus

Ahli :
1) Noorelmaswatty Binti Esa
2) Razali Bin Hj Anin
3) Ag. Mohd Esa Bin Ag. Sirat
4) Felicia Binti Johan @ Nur Amira Abdullah
5) Wong Kah Ye

Objektif Lawatan:
• Memenuhi Ikrar Budaya Korporat ,KKM iaitu Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab
• Mempertingkatkan hubungan kerjasama bersama masyarakat setempat
• Membentuk Gaya Hidup Sihat.
• Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;

Antara aktiviti :
• Mesyuarat bersama masyarakat dan Agensi Kerajaan Setempat sebagai Jawatankuasa Pelaksana semasa Program Jelajah Kasih pada 19 Ogos 2017
• Aktiviti bersama jawatankuasa dan masyarakat setempat.

Program ini mencapai objektif terutamanya kepada penjawat awam untuk menjalani gaya hidup sihat dan menyertai program bersama masyarakat di luar tempat kerja.

Laporan disediakan:
Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus
Penyelaras Budaya Korporat, Hospital Kuala Penyu

Galeri Gambar :: Program Budaya Korporat HKP di SK Sinopokan Menumbok 2017

Program Budaya Korporat HKP di SK Sinopokan Menumbok 2017
Program Budaya Korporat HKP di SK Sinopokan Menumbok 2017
Program Budaya Korporat HKP di SK Sinopokan Menumbok 2017
Program Budaya Korporat HKP di SK Sinopokan Menumbok 2017
Program Budaya Korporat HKP di SK Sinopokan Menumbok 2017
Program Budaya Korporat HKP di SK Sinopokan Menumbok 2017








Published by wongkahye on 18.08.2017 (106 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: