Audit Luaran HPIA dari Hospital Papar di Hospital Kuala Penyu


Pada 15 Ogos 2017, Audit Luaran Hospital Performance Indicators For Accountability(HPIA) dari Hospital Papar telah dijalankan di Hospital Kuala Penyu bermula seawal jam 8 pagi sehingga jam 5 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Seramai 4 orang auditor dari Hospital Papar telah menjalankan audit HPIA bagi data HPIA bulan Julai – Disember 2016 dan data Jan – Jun 2017.

Antara tujuan audit ini dijalankan ialah bagi mengetahui data yang diperolehi semasa dalam proses pelaporan HPIA adalah tepat dan mengikut spesifik yang telah ditetapkan disamping bersama-sama berkongsi pendapat atau idea untuk menambahbaik pemantauan pelaporan HPIA di hospital ini. Hampir kesemua unit atau wad terlibat dalam aktiviti audit ini.

Secara keseluruhannya, audit berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 5 petang iaitu diakhiri dengan keputusan audit yang dibentangkan oleh auditor dari Hospital Papar.

Laporan Disediakan Oleh
Hamizah Awang Damit
Jururawat Masyarakat U19
Unit Kualiti
Hospital Kuala Penyu

Galeri Gambar :: Audit Luaran HPIA dari Hospital Papar di Hospital Kuala Penyu

Audit Luaran HPIA dari Hospital Papar di Hospital Kuala Penyu
Audit Luaran HPIA dari Hospital Papar di Hospital Kuala Penyu
Audit Luaran HPIA dari Hospital Papar di Hospital Kuala Penyu
Audit Luaran HPIA dari Hospital Papar di Hospital Kuala Penyu
Audit Luaran HPIA dari Hospital Papar di Hospital Kuala Penyu








Published by Lio on 15.08.2017 (112 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: