Kelas Antenatal HKP 2016


Ahli Jawatankuasa Hospital Rakan Bayi telah menganjurkan Kelas Antenatal pada 14 November 2016, jam 9 pagi hingga 12 tengahari untuk ibu-ibu mengandung di Bilik Seminar Hospital Kuala Penyu. Seramai 6 peserta telah mengikuti kursus ini.

  • Antara objektif kursus ini dijalankan adalah untuk Memberi pengetahuan kepada peserta dalam pengurusan semasa mengandung .
  • Menambahkan pengetahuan ibubapa mengenai kebaikan dan kepentingan susu ibu sebagai makanan seimbang yang lengkap dan penjagaan bayi yang baru lahir dan penyusuan susu ibu.
  • Menerangkan polisi penjagaan mesra ibu .
  • Memberi tunjuk ajar mengenai senaman yang perlu sepanjang proses kehamilan dan cara pernafasan yang betul semasa menghadapi proses kelahiran.

3 orang Ahli Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu (AKKSI) dilibatkan dalam kelas antenatal untuk memperkenalkan kepada peserta peranan AKKSI dalam mempromosikan penyusuan susu ibu.

Kelas ini mengajar ibu-ibu mengandung dan peneman cara senaman antenatal dan postnatal. Sepanjang kelas ini dijalankan semua peserta memberikan kerjasama dan memberikan maklumbalas yang baik.

Laporan disediakan oleh:
JT Asimah Masri
Wad Bersalin
Hospital Kuala Penyu

Galeri Gambar :: Kelas Antenatal HKP 2016

Kelas Antenatal HKP 2016
Kelas Antenatal HKP 2016
Kelas Antenatal HKP 2016
Kelas Antenatal HKP 2016








Published by Lio on 18.11.2016 (868 reads)
Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: