Lawatan Audit Persijilan EKSA HKP oleh MAMPU Sabah 2016


Pada 25 - 27 Oktober 2016 yang lalu pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Cawangan Sabah telah melakukan Lawatan Audit Persijilan EKSA di Hospital Kuala Penyu (HKP) untuk tujuan Persijilan EKSA Pertama dari pihak MAMPU.

Pasukan Audit MAMPU Sabah telah diketuai oleh Cik Vivian Nazarius dengan dibantu oleh Encik Jafri Bin Abdul Majid

Lawatan Audit telah dimulakan pada kira-kira jam 9.00 pagi dengan Mesyuarat Pembukaan di mana Pengarah HKP Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad telah menyampaikan ucapan pembukaan sebelum dibalas oleh Wakil Pasukan Audit Encik Jafri Bin Abdul Majid. Seterusnya Taklimat Pelaksanaan Amalan EKSA di HKP telah disampaikan oleh Encik Asmi Etin selaku Penyelaras AJK Induk EKSA HKP.

 

Sebaik taklimat selesai lawatan audit dimulakan di unit-unit terlibat selama 2 hari. Akhir sekali,pada hari ketiga Mesyuarat Exit Conference diadakan di mana penemuan audit dan cadangan penambahbaikan oleh Pasukan Audit MAMPU serta sesi soal jawab bersama anggota HKP dilakukan.

Secara keseluruhannya, pasukan audit menemui implimentasi EKSA di Hospital Kuala Penyu adalah amat baik namun perlu beberapa penambahbaikan. Keputusan audit akan dikeluarkan dan diketahui selepas pihak Hospital Kuala Penyu membuat penambahbaikan dan menghantar laporan maklumbalas dan seterusnya menunggu kelulusan dari pihak MAMPU di Putrajaya.

Lawatan audit ini diakhiri dengan penyampaian cenderakenangan kepada pasukan audit serta sesi bergambar. Pasukan Audit MAMPU Sabah bertolak balik ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5.30pm


Galeri Gambar :: Lawatan Audit Persijilan EKSA HKP oleh MAMPU Sabah 2016

Lawatan Audit Persijilan EKSA HKP oleh MAMPU Sabah 2016
Lawatan Audit Persijilan EKSA HKP oleh MAMPU Sabah 2016
Lawatan Audit Persijilan EKSA HKP oleh MAMPU Sabah 2016
Lawatan Audit Persijilan EKSA HKP oleh MAMPU Sabah 2016
Lawatan Audit Persijilan EKSA HKP oleh MAMPU Sabah 2016
Lawatan Audit Persijilan EKSA HKP oleh MAMPU Sabah 2016
Lawatan Audit Persijilan EKSA HKP oleh MAMPU Sabah 2016








Published by Lio on 29.10.2016 (778 reads)

Tags: EKSA   audit  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: