Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP


Pada 18 Ogos 2016 yang lalu, Jawatankuasa Budaya Koporat Hospital Kuala Penyu telah mengadakan Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills bertempat di Bilik Seminar Utama HKP. Penyertaan adalah seramai 40 orang peserta termasuk Jawatankuasa.

Jawatankuasa Pelaksana terdiri dari:

Penaung : Dr Sabariah Binti Mohamad Sa’ad
Penyelaras : Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (Ketua Unit Farmasi Logistik)
Urusetia : Semua Jawatankuasa Budaya Koporat

Penceramah :
1) Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus (Ketua Unit Farmasi Logistik)
2) Ketua Jururawat Simpol Yusoff

Tajuk ceramah :
1) Penerapan Budaya Koporat
2) Ketrampilan Diri

Aktiviti : 1) Sesi Pagi : Ceramah
2) Sesi Petang: Aktiviti Luar (Noble Race)

Objektif Kursus:
• Memastikan anggota mengamalkan nilai-nilai murni/budaya korporat semasa bertugas.
• Memastikan anggota memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi semasa bertugas
• Memastikan anggota didedahkan dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membentuk anggota KKM yang mampu menggalas
Program Transformasi Minda yang diunjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
• Memastikan anggota didedahkan kepada budaya kerja yang sihat.

Aktiviti luar yang di adakan julung kali iaitu Noble Race tujuan untuk membentuk semangat berpasukan, pemahaman nilai-nilai murni dan budaya koporat dari soalan-soalan yang di beri & check point setelah melakukan tugasan membentuk jati diri dan semangat patriotrik. Selain itu peserta yang semua terdiri dari pegawai baru dan pegawai lama juga diharap dapat memperkemaskan ilmu pengetahuan bagi mempertingkatkan kompentasi dalam perkhidmatan serta membudayakan amalan budaya koporat. Semua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan menyarankan kursus seperti ini dijalankan secara berkala setiap tahun.

Laporan disediakan:
Pn. Hana Fariza Binti Muhammad Yunus
Penyelaras Budaya Koporat
Hospital Kuala Penyu

Galeri Gambar :: Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP

Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP
Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP
Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP
Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP
Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP
Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP
Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP
Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP
Kursus Penerapan Budaya Koporat dan Pengukuhan Soft Skills HKP








Published by Lio on 22.08.2016 (546 reads)

Tags: korporat   budaya  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: