Bengkel EKSA HKP Bil 2 2016


Pada 10 Oktober 2016 yang lalu, Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Hospital Kuala Penyu (HKP) Bilangan 2 telah diadakan bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu (HKP). Bengkel ini telah bermula pada jam 8.00 pagi dengan dimulakan dengan aktiviti Ice Breaking oleh En. Mohd Amir Nordin. Seterusnya ceramah pengenalan kepada EKSA telah disampaikan oleh En. Asmi Etin dan ceramah kedua iaitu Kriteria Audit EKSA yang disampaikan oleh Pn. Simpol Yussof. Pada sebelah petang pula, para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk aktiviti pemerhatian di zon-zon yang telah dipilih.

EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S yang diamalkan oleh sektor awam kerajaan. Maka dengan itu, tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada peserta berhubung falsafah dan konsep perlaksanaan EKSA di setiap unit bagi persediaan Hospital Kuala Penyu memohon persijilan EKSA daripada pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Objektif lain Bengkel EKSA ini adalah untuk
a) Memberi panduan tentang kaedah dan kemahiran asas yang diperlukan dalam melaksanakan EKSA.
b) Mewujudkan persekitaran dan tempat kerja yang kondusif.
c) Meningkatkan amalan budaya kerja berpasukan serta nilai-nilai murni dalam perkhidmatan.
d) Melaksanakan tugas dengan kos efektif terhadap sumber
e) Menggalakkan tindakan peningkatan dan penambahbaikan yang berterusan.
e) Melahirkan anggota yang berdisplin, kreatif dan inovatif.

Laporan disediakan oleh:
Afizah Binti Ismail
Setiausaha AJK Latihan EKSA
Hospital Kuala Penyu

Galeri Gambar :: Bengkel EKSA HKP Bil 2 2016

Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 2/2016









Published by Lio on 17.10.2016 (585 reads)

Tags: EKSA  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: